3 pemain ini prestasi semakin naik di JDT

Belum pun sempat peminat-peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) menghilangkan rasa kegembiraan mereka ketika Harimau Selatan itu mencipta kemenangan pertama dalam Kumpulan I, Liga Juara-juara Asia (ACL), kelab dari selatan itu telah menyajikan kejayaan kedua buat peminat mereka dengan menundukkan Ulsan Hyundai FC.

Kemenangan itu telah meletakkan JDT setaraf dengan kelab-kelab terbaik Asia dan kemenangan tersebut juga menunjukkan sikap ingin berlawan dan yakin dengan kemampuan mereka selepas membawa kejayaan, pemain-pemain tempatan khususnya.Itu telah dibuktikan oleh Arif Aiman, Haziq Nadzli dan Nazmi Faiz Mansor apabila mereka berjaya memainkan peranan mereka dengan baik di posisi masing-masing.

 

 

Dibantu pula oleh pemain-pemain senior yang bijak mengawal permainan seperti Naxo Insa. Mereka tidak menunjukkan rasa gentar dan terlalu memghormati lawan yang lebih pengalaman dan punya reputasi yang gah dimana semua sudah maklum Ulsan Hyundai FC yang pernah dua kali menjulang Liga Juara-juara Asia dan ketika ini juga menduduki tangga teratas Liga Korea Selatan.

Bukan itu sahaja, Nazmi dan Arif Aiman banyak memberi sumbangan dalam melakukan umpanan yang tepat kepada Bergson da Silva dan Fernando Foresteiri selain melakukan percubaan tepat ke arah gol.Sikap tenang dan yakin dengan kemampuan diri mereka telah menonjolkan kreativiti mereka.Sekiranya mereka tidak tenang dan tidak dapat mengawal emosinya sudah tentu mereka tidak mampu untuk memberi aksi yang konsisten semasa perlawanan.

Mereka juga telah berjaya menunjukkan sikap bekerjasama secara berpasukan yang utuh sehingga menyukarkan lawan untuk mendomonasi permainan.Kualiti begini yang kita ingin lihat bukan sahaja pemain-pemain dari JDT sebaliknya pemain-pemain tempatan di kelab-kelab yang bersaing dalam Liga Super terutama Kedah dan Kuala Lumpur yang akan bermain dalam Piala AFC kelak.

sumber:- SA

Jika kualiti itu dapat dikekalkan, sudah tentu JDT akan terus meningkatkan mutu bola sepak Malaysia dan seterusnya menjulang kembali nama Malaysia di peringkat Asia.