sukan SYOKKK VIRAL WOOOO

Ada Formula Tersendiri bertemu Thailand – Maloney

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney mengakui sudah ada ‘formula’ terbaik untuk merangka strategi ampuh menjelang aksi sulung berdepan Thailand dalam kempen Sukan Sea di Hanoi, Vietnam, Sabtu ini.Ada Formula Tersendiri bertemu Thailand.

Katanya, beliau sudah mengesan beberapa kelemahan ketika aksi persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam, minggu yang lalu.

 

Jelasnya, pemain juga mula menunjukkan peningkatan p0sitif dalam aksi kedua apabila berjaya menjinakkan Filipina 2-0 selepas sebelum itu tewas 1-2 di tangan Timor Leste.Saya rasa banyak perkara kita boleh belajar terutama aksi pertama kita. Ketika itu (aksi pertama dengan Timor Leste) ramai muka baharu dalam pasukan, dan keputusan di atas kertas bukan apa yang kita mahukan.Tapi kita boleh belajar dalam aksi pertama itu, manakala dengan Filipina pula perkara p0sitif mula ditunjukkan.

“Di mana pemain meraih minit permainan dan ia situasi yang baik dan k0mbinasi antara pemain juga semakin baik. Walaupun belum capai tahap yang kita mahukan, tapi kita di landasan tepat,” katanya.Selain Thailand, tiga lagi pasukan iaitu Laos, Singapura dan Kemboja turut melengkapkan saingan Kumpulan B itu, manakala Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste mengisi Kumpulan A.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir, dengan pemenang bakal berentap di final untuk penentuan pingat emas.

sumber: hmetro

Pada edisi di Manila, Filipina tiga tahun yang lalu, skuad bola sepak negara g4gal melepasi peringkat kumpulan sekaligus kehadiran di Hanoi ini adalah misi menebus maruah mereka.