Adakah Sri Pahang FC berjaya mengikat abang Anthony Martial ?

KUALA LUMPUR: Adakah Sri Pahang FC berjaya mengikat abang Anthony Martial iaitu Johan Martial?

Spekulasi itu timbul berdasarkan semakan di laman sesawang Transfermarkt yang mengesahkan abang kepada bintang Manchester United bakal menyertai kelab dari Pantai Timur itu bagi musim depan.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi di posisi pertahanan tengah.

Sebelum menyertai Sri Pahang, dia bersama kelab Sochaux sebelum dilepaskan pasukan Ligue 2 itu.

Kebanyakan kariernya dihabiskan di Perancis iaitu bersama Bastia, Stade Brestois dan Troyes.

sumber: bh

Dia juga pernah berkelana ke Israel bersama M Petah Tikva dan FC Ashdod serta di Greece mewakili Panetolikos.