Aksi ‘back-to-back’ Piala Asia B-23

Piala Asia B-23

Walaupun keringatnya diperah menerusi beberapa perlawanan berturut-turut di peringkat antarabangsa baru-baru ini namun itu bukanlah alasan buat tonggak Selangor FC Mukhairi Ajmal beraksi sambil lewa pada kempen Liga Super yang kembali bersambung hari ini.

Mukhairi berkata, pengalaman beraksi di pentas antarabangsa membabitkan Sukan Sea Hanoi di Vietnam dan Piala Asia B-23 (B-23) di Uzbekistan banyak mengajarnya untuk menjadi pemain kental dan lebih berdaya saing.

Piala Asia B-23

Bermain di pentas lebih tinggi membantu saya belajar banyak perkara dari segi individu dan dalam pasukan. Saya yakin pengalaman itu memberikan gambaran lebih luas untuk saya berusaha keras berada di pentas lebih tinggi.

Piala Asia B-23

“Pada masa sama,saya rasa pemain dapat menyesuaikan diri dengan situasi perlawanan ‘back-to-back’ yang akan datang ini kerana kami juga menghadapi jadual padat sebelum ini. Saya harap semua pemain bersedia dan berada dalam keadaan baik untuk beraksi kembali bersama pasukan,” katanya.

Mengikut rekod, Gergasi Merah akan mengharungi semula aksi Liga Super men3ntang Sarawak United FC esok di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Terdahulu, skuad muda kebangsaan mengharungi cabaran Piala Asia B-23 di Uzbekistan dengan rekod buruk apabila kalah pada semua pertemuan kumpulan C.

sumber:- HM

Malah, skuad kendalian Brad Maloney juga terlepas peluang meraih pingat di Sukan Sea Hanoi di Vietnam bulan lalu selepas tewas kepada Indonesia pada penentuan pingat gangsa.