Arif Aiman bukan biasa-biasa

Loading

Arif Aiman

Kehebatan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi ‘mengayam-ayamkan’ pertahanan Lokomotiv Moscow dengan dia berjaya meledak kemenangan 1-0 dalam aksi pramusim di Dubai seharusnya membuka mata banyak pihak terutama buat kelab di Eropah.

Menurut legenda skuad Harimau Malaya, Datuk Jamal Nasir, kemampuan Arif Aiman meledak gol ke atas kelab Rusia itu sebenarnya bukanlah yang pertama, tetapi pemain lincah berusia 20 tahun itu sebenarnya sudah meledak beberapa kali ketika menentang kelab gergasi Eropah.

Arif Aiman bukan biasa-biasa

Paling diingati sudah tentu jaringannya ketika menentang Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim November lalu di mana dia berjaya melepasi pertahanan kental lawan yang diakui cukup agresif dan berfizikal besar.

Jelas Jamal, Arif mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada pemain tempatan lain, di mana aset utama tonggak kelahiran Pahang itu adalah kepintaran, kepantasan dan kawalan bolanya yang luar biasa.

Justeru, beliau beranggapan sudah tiba masanya Arif Aiman dilepaskan beraksi di Eropah bagi mengembangkan lagi potensi yang ada pada dirinya itu.

Arif Aiman ini pada saya seorang pemain yang pintar atau ‘Intelligent Player’. Tak ada lagi sekarang ini pemain macam dia…kalau main bola semua orang boleh main bola, tapi kepintaran tak ada.

Dia punya bijak itu membolehkan dia cepat membuat keputusan apabila bola ada di kakinya, selain dia boleh cepat fikir bagaimana untuk melepaskan dirinya jika dikepung pertahanan.

Saya bukan cakap kosong, tengok saja gol dia ke atas Lokomotiv Moscow dan juga Borussia Dortmund sebelum ini, bagaimana dia boleh mengatasi begitu mudah pertahanan lawan.

“Bukan senang nak lepas pertahanan ‘Mat Salleh’…bukan sekali tetapi dah banyak kali. Itu menunjukkan dia ada potensi main di Eropah. Jadi, dengan kepintaran dia, kepantasan dia dan ‘First Touch’ dia yang baik, saya fikir dia kena keluar main di Eropah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Ujarnya lagi, mungkin destinasi sesuai buat Arif Aiman adalah di Liga Croatia dengan bermain bersama kelab tersohor seperti Dinamo Zagreb dan lain-lain.

Saya tak fikir Liga Jepun atau Liga Korea buat Arif Aiman, sebab macam saya katakan tadi potensi dia jauh daripada itu.

“Kalau main di Eropah pula tak semua liga boleh ambik pemain Malaysia kerana adanya liga yang meletakkan ranking tinggi Fifa sebagai peraturan.

“Saya lihat Liga Croatia sesuai buat Arif Aiman untuk jadikan liga itu batu loncatan buatnya sebelum mengintai peluang main dengan liga lebih besar di Eropah,” katanya.

sumber:- HM

Untuk rekod, JDT pernah meminjamkan Safawi Rasid bermain di Liga Portugal bersama Portimonense SC pada Oktober 2020 lalu, sebelum pulang ke tanahair beberapa bulan selepas itu.

 

The prowess of Johor Darul Ta’zim (JDT) winger Arif Aiman ​​Hanapi ‘chicken-chicken’ the defense of Lokomotiv Moscow as he managed to score a 1-0 victory in the pre-season action in Dubai should open the eyes of many parties, especially for clubs in Europe.

According to Harimau Malaya squad legend, Datuk Jamal Nasir, Arif Aiman’s ability to score against the Russian club was actually not the first, but the agile 20-year-old player had actually scored several times against the European giants.

The most memorable of course is his goal against Borussia Dortmund at the Sultan Ibrahim Stadium last November where he managed to get past the solid defense of an opponent who was admittedly quite aggressive and physically big.

According to Jamal, Arif has special features that other local players do not have, where the main asset of the Pahang-born pillar is his extraordinary intelligence, speed and ball control.

Therefore, he thinks it is time for Arif Aiman ​​to be released to play in Europe to further develop the potential he has.

Arif Aiman ​​in my opinion is an intelligent player or ‘Intelligent Player’. There are no players like him now…if you play football, everyone can play football, but the intelligence is not there.

He has that intelligence that allows him to make quick decisions when the ball is at his feet, besides he can quickly think how to release himself if surrounded by defenders.

I’m not talking nonsense, just look at his goals against Lokomotiv Moscow and also Borussia Dortmund before, how he can overcome the opponent’s defense so easily.

“It’s not easy to get past the defense of ‘Mat Salleh’… not once but many times. That shows he has the potential to play in Europe. So, with his intelligence, his speed and his good ‘First Touch’, I think he should play in Europe,” he said when contacted by Arena Metro.

He said again, maybe the right destination for Arif Aiman ​​is in the Croatian League by playing with famous clubs like Dinamo Zagreb and others.

I don’t think the Japan League or Korea League for Arif Aiman, because like I said earlier, his potential is far from that.

“If playing in Europe, not all leagues can take Malaysian players because there are leagues that put a high Fifa ranking as a rule.

“I see that the Croatian League is suitable for Arif Aiman ​​to make the league a stepping stone for him before looking for the opportunity to play with a bigger league in Europe,” he said.

source:- HM

For the record, JDT once loaned Safawi Rasid to play in the Portuguese League with Portimonense SC in October 2020, before returning home a few months later.