Bangkit cipta kemenangan – Barcelona

Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez percaya kemenangan dramatik 3-2 ke atas Elche di Camp Nou awal pagi semalam mampu menjadi batu loncatan dalam memastikan mereka kembali berada pada landasan tepat untuk mendaki carta La Liga musim ini.

Sebagai rekod, Barcelona dilihat bergelut sejak awal musim ini dengan Xavi turut g4gal memainkan peranan seperti yang diharapkan selepas hanya mampu meraih satu kemenangan daripada empat perlawnan terakhir dalam semua kejohanan.

Kata Xavi, keputusan tiga mata yang diraih memberi sedikit kelegaan buat pasukan tetapi dalam masa sama menganggap ia bukanlah aksi sempurna kerana memberi ruang kepada Elche bangkit mengikat keputusan 2-2 selepas mereka ketinggalan dua gol di awal perlawnan.

“Saya gembira apabila pasukan kembali berada di landasan kemenangan. Tiga mata ini sememangnya memberikan kelegaan buat kami selepas ggal mempamerkan prestasi yang diharapkan dalam beberapa perlawnan terdahulu.

“Namun, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki kerana kami membuka peluang buat pasukan lawn bangkit menyamakan kedudukan. Tuah sedikit menyebelahi kami apabila berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawnan,” katanya.

Sementara itu, Xavi memuji impak pemain tengah, Gavi yang berjaya menjaringkan gol pertamanya buat The Catalans selain percaya bintang muda ber­usia 17 tahun itu memiliki masa depan cerah untuk menyinar di peringkat tertinggi.

“Kualiti Gavi tidak perlu dipertikai kerana pada usia 17 tahun, dia mempamerkan ketenangan dan kematangan di atas padang. Pujian juga wajar diberikan kepada beberapa pemain muda seperti Ronald Araujo, Nico Gonzalez dan Abde Ezzalzouli,” katanya. – AGENSI