Banyak tuntutan Pan Gon

Bagi merealisasikan ‘cara bolasepak Malaysia’ yang bakal membuatkan skuad Harimau Malaya lebih garang dan menjadi ‘Harimau Sebenar’, tanggungjawab itu tidak hanya digalas sepenuhnya oleh skuad kebangsaan.Ini kerana pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon melihat sokongan daripada pasukan Liga Super juga diperlukan khususnya bagi menyediakan pemain yang sudah lengkap sepenuhnya untuk berentap di pentas antarabangsa.

Kita menuntut banyak perkara khususnya daripada segi fizikal, aspek mental dan profesionalisme bagi membentuk pasukan yang dapat memahami model permainan dan perancangan kita.

 

 

Ini semua tidak dapat dicapai dalam jangka masa pendek. Jadi kita perlukan sokongan dari Liga Super kerana mereka dapat membantu pemain dari segi fizikal dan kecergasan perlawanan.

Kalau Liga Super kita mempunyai tempo yang sangat baik dan perlawanan yang berintensiti tinggi, ia akan membantu kita selain kita turut memanfaatkan aspek sains sukan dengan pemulihan dan memberikan sesi latihan yang baik.

“Kita tidak boleh membangunkan aspek fizikal ini sekelip mata tetapi tanggungjawab kita adalah memastikan mereka sentiasa bebas dari kecederaan dan berada dalam keadaan yang terbaik untuk menterjemahkan cara permainan kita.Ini adalah sasaran kita dan setakat ini, kita mendapat semua sokongan yang diperlukan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” kata pengendali dari Korea Selatan itu.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan dalam rangka persiapan untuk mengharungi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei pada 27 Mei sebelum menentang Hong Kong pada 1 Jun.

Dua perlawanan persahabatan itu adalah untuk ‘memanaskan enjin’ skuad negara sebelum berdepan tiga aksi penting kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

sumber:- BH

Mereka akan membuka kempen berdepan Turkmenistan pada 8 Jun sebelum bertemu Bahrain (11 Jun) dan menutup kempen men3ntang Bangladesh (14 Jun).