bayi lelaki mereka yang baru lahir meninggal dunia

Manchester: Cristiano Ronaldo dan pasangannya Georgina Rodriguez mengumumkan bahawa bayi lelaki mereka yang baru lahir meninggal dunia.

Ronaldo dalam laman sosial Oktober lalu memaklumkan bahawa pasangannya sedang mengandungkan anak kembar.

Dalam catatan yang disiarkan di akaun Twitter penyerang Manchester United itu, mereka mengesahkan kelahiran seorang bayi perempuan.

“Dengan rasa dukacita kami terpaksa mengumumkan bahawa bayi lelaki kami meninggal dunia.

“Ia adalah kesakitan paling sakit yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa,” kata Ronaldo dan Georgina dalam satu kenyataan.

“Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberi kami kekuatan untuk menghadapi situasi ini dengan sedikit harapan dan kegembiraan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas penjagaan dan sokongan mereka.

“Kami sangat sedih atas kehilangan ini dan kami memohon privasi pada masa yang sangat sukar ini.”

Pasangan itu, yang berkenalan ketika Ronaldo di Real Madrid, mempunyai anak perempuan berusia empat tahun, manakala Ronaldo mempunyai tiga anak lain.

“Penderitaan anda penderitaan kami juga. Semoga anda dan keluarga tabah menghadapi situasi ini,” kata Manchester United.