Calon baharu striker skuad Harimau Malaya ?

Adakah benar striker kelab Melbourne Victory, Nishan Velupillay memiliki hubungan dengan Malaysia?

Itu persoalan yang timbul selepas Nishan Velupillay yang beraksi di Liga Australia kini hangat dikaitkan sebagai calon baharu striker skuad Harimau Malaya di laman sosial ketika ini.

Menerusi laporan portal tempatan, ayam tambatan itu didakwa memiliki pertalian darah dengan Malaysia di sebelah ibu bapanya, yang memungkinkan dia menyarung jersi Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

Baru berusia 20 tahun, Nishan Velupillay dianggap penyelesaian masalah j3ntera s3rangan skuad negara yang agak tumpul ketika ini.

Dia sudah m3ledak satu gol dalam enam penampilan bersama Melbourne Victory selepas ‘dinaikkan pangkat’ daripada skuad pembangunan iaitu Melbourne Victory NPL awal musim ini.

Di peringkat pembangunan sebelum ini, dia yang memiliki ketinggian 181 sentimeter (cm) itu sudah merekod lima gol dan oleh sebab itu pengurusan Melbourne Victory menyenaraikan namanya dalam skuad utama yang bersaing dalam divisyen satu negara itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan t3ntang status kerakyatannya namun jika benar ibu atau bapanya dari Malaysia, dia boleh didaftarkan untuk beraksi sebagai pemain tempatan seperti mana Brendan Gan dan Matthew Davies.

Di bawah peraturan Fifa, pemain perlu mempunyai pertalian d4rah dengan negara yang mahu diwakilinya, sama ada ibu bapa atau nenek dan datuk mereka dilahirkan di negara itu.

Begitupun, peraturan pemain warisan itu berbeza dengan pemain naturalisasi yang harus bermain dan menetap selama lima tahun di negara yang ingin diwakilinya seperti Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula.

sumber:- HM

Untuk rekod, Brendan adalah pemain warisan pertama dipanggil mewakili Malaysia ketika Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan sebelum diikuti beberapa pemain lain.