Sabah FC Ada Formula tersendiri jerat JDT

Sabah FC sedia sedaya upaya membendung asakan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok. Penjaga gol Sabah, Damien Lim antara individu yang dijangka ‘sibuk’ bagi mengekang rangkaian penyerang berbisa JDT. Jelas Damien, dia berharap mampu membantu pasukan dengan menampilkan aksi terbaik seperti mana dilakukan ketika … Read more

JDT hilang dua tonggak utama, Tiada halangan Buat JDT

Selepas hanya mampu mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah FC, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak lebih berhati-hati apabila membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio menyifatkan aksi timbal balik itu tetap sukar dan perlu memperkemaskan lagi setiap posisi bagi memastikan usaha menempah tempat ke final buat dua musim berturut-turut tidak tersekat apabila berdepan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Kami akui bekalan satu gol yang dibawa pulang belum selamat dan kami akan menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri untuk memburu kemenangan namun tetap berhati-hati kerana Sabah FC juga tidak kurang hebatnya.

“Kami akan tingkatkan lagi corak permainan yang lebih kemas supaya setiap gerakan dan perancangan yang dibuat membuahkan hasil dan kami jangkakan Sabah akan cuba ambil kesempatan jika kami alpa,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung ketiadaan Leandro Velazquez yang digantung satu perlawanan selepas mengumpul dua kad kuning dan Feroz Baharuddin yang dilayangkan kad merah pada aksi separuh akhir pertama itu, pengendali kelahiran Argentina itu tidak gusar dengan situasi berkenaan.

Katanya, JDT memiliki skuad yang besar dan ia memberi ruang untuk memilih pengganti Velazquez dan Feroz untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama pada pertembungan menentang skuad The Rhinos.

“Tiada masalah jika kami tidak dapat menggunakan khidmat Feroz dan Leandro kerana kami memiliki skuad yang besar kerana semua pemain bersedia diturunkan dan kami perlu bekerja keras sebagai satu pasukan,” kata Bidoglio

Dengan ketiadaan Velazquez kemungkinan posisi tengah bakal diisi oleh Nazmi Faiz Mansor atau Safiq Rahim bagi menjana jentera tengah yang menjadi nadi utama skuad Harimau Selatan melancarkan serangan ke kubu pasukan lawan.

sumber:- BH

Di posisi pertahanan, kemungkinan pemain yang baru mendapat taraf kewarganegaraan Indonesia, Jordi Amat akan bergandingan bersama Shahrul Saad mengemudi benteng sambil Matthew Davies dan Corbin akan kekal di posisi bek kanan dan kiri.

Hajat tersirat Nik Muhammad Sharif Haseefy – Terengganu FC

Kuala Terengganu: Tugas getir pastinya bakal dilalui Terengganu FC (TFC) berdepan Selangor FC pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Isnin ini. Namun pemain sayap, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim berikrar untuk memberikan yang terbaik bagi memastikan skuadnya mampu melangkah ke pentas final Piala Malaysia musim ini. … Read more

Komen Hector Bidoglio aksi separuh akhir kedua

Selepas hanya mampu mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah FC, Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak bersikap lebih berhati-hati apabila membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok. Pengendali JDT, Hector Bidoglio menyifatkan aksi timbal balik nanti tetap sukar dan perlu memperkemaskan lagi setiap posisi … Read more

Inilah yang kita mahukan – SELANGOR FC

PERTAHANAN Selangor FC, Sharul Nazeem Zulpakar menganggap jaringan pertamanya untuk musim 2022 hadiah ulang tahun kelahiran yang bermakna sekali gus membantu kemenangan The Red Giants dalam aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Apa yang lebih menarik, tiga jaringan Selangor adalah menerusi ‘set piece’ yang sekali gus berjaya menghukum … Read more

Pemain Legenda berikan‘teknik’ kepada pemain TFC

Pemain perlu lebih tenang dan berusaha mel3dak jaringan awal bagi menyuntik semangat mereka walaupun perlu memadam defisit dua jaringan. Demikian pesanan dilontarkan bekas striker skuad Olimpik kebangsaan 1980 kelahiran Terengganu, Zulkifli Hamzah, 63, yang percaya skuad kendalian Nafuzi Zain itu mampu bangkit untuk buru tiket ke pentas final Piala Malaysia musim ini. Bekas legenda terbilang … Read more

Penjaga gol Borussia Dortmund meluahkan jangkaan berdepan JDT ?

KAMI menjangkakan satu perlawanan yang sukar ketika berhadapan Johor Darul Ta’zim (JDT) kata penjaga gol Borussia Dortmund Alexander Meyer, untuk Jelajah Asia 2022 mereka yang bermula 24 November. Pemain berusia 31 tahun itu sedar bahawa kuasa bola sepak Malaysia itu merupakan sebuah pasukan yang hebat selepas memenangi banyak gelaran sejak 10 tahun lepas termasuk Piala … Read more

Pengumuman Debaran dari Kim Pan Gon yang dinantikan

Debaran dua pemain tonggak Harimau Malaya makin kencang menanti senarai nama akan diumumkan pengendali, Kim Pan-gon menjelang saingan Piala AFF hujung bulan depan. Jelas penjaga gol Negeri Sembilan FC (NSFC), Syihan Hazmi, dia tidak sabar untuk membantu skuad negara di Piala AFF nanti. Katanya, kejutan mungkin boleh berlaku apabila jurulatih boleh memanggil sesiapa saja yang … Read more

Harimau Malaya ‘salin kulit’ baharu, aura kian hadir

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya mendapat tonik terbaik bagi mengharungi kempen Piala AFF 2022 dan Piala Asia 2023 selepas melancarkan jersi terbaharu daripada Nike bertemakan ‘Demi Lencana Di Dada’ bagi saingan musim 2022 hingga 2024. Jersi utama atau jersi ‘home’ edisi kali ini kekal menggunakan warna kuning sebagai warna dominan dengan hanya bahagian kolar … Read more

Mungkin menjadi kenyataan milik Harimau Malaya

Kehangatan Piala Dunia Qatar 2022 yang akan membuka tirai Ahad ini, semakin dirasai termasuk dalam kalangan barisan pemain Harimau Malaya. Walaupun impian melihat skuad kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia seakan angan-angan kosong, barisan pemain tetap optimis tempoh Malaysia menempah tiket di pentas tertinggi bola sepak itu semakin dekat. Malah menerusi kombinasi barisan pemain terbaik … Read more

Berita baik untuk penyokong final Piala Malaysia

KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi menjadi pilihan venue perlawanan akhir Piala Malaysia 2022 yang dijadual berlangsung 26 November ini.Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Stuart Ramalingam berkata pemilihan SNBJ yang dianggap venue neutral bagi aksi final edisi ke-96 itu dibuat kerana stadium itu boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai selain … Read more

Tiada yang mustahil, Harimau Malaya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia

Pemain skuad kebangsaan menaruh keyakinan bahawa hasrat untuk membawa Harimau Malaya beraksi di pusingan akhir Piala Dunia pada satu hari nanti bukan misi mustahil.

Tonggak pertahanan skuad negara, Ahmad Khuzaimi Piee menjelaskan bahawa seandainya rezeki memihak kepada Harimau Malaya, tidak mustahil empat tahun lagi Malaysia akan layak ke Piala Dunia.

Justeru, bintang Negeri Sembilan itu berkata, semua pemain yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan harus memberi komitmen tinggi untuk membantu Harimau Malaya mencipta pencapaian yang lebih baik.

Read more

Pendedahan sebenar Nafuzi tentang kekalahan TFC

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menegaskan bahawa kemelut dalaman membabitkan dirinya dengan pengurusan kelab itu bukan punca skuad Penyu tersungkur di tangan Selangor dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam tadi.

Sebaliknya, Nafuzi menjelaskan bahawa kelekaan ketika situasi ‘set pieces’ menjadi faktor anak buahnya terpaksa akur dengan kekalahan 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

TFC

Read more

Sentuhan ‘ajaib’ Tan Cheng Hoe MENJADI

Sentuhan ‘ajaib’ Tan Cheng Hoe terus menjadi buat Selangor FC apabila pasukannya berjaya menewaskan Terengganu 3-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Kemenangan selesa itu setidak tidaknya memberi tonik tambahan buat Red Giants sebelum kedua-dua pasukan sekali lagi turun dalam perlawanan timbal balik di Kuala Terengganu Isnin depan, malah kejayaan itu menyaksikan rekod bersih Cheng Hoe kekal apabila tidak pernah tewas dalam sembilan aksi sejak mengambil alih pasukan pada awal bulan lalu.

Malah, kemenangan itu juga amat bermakna ia menamatkan badi kekalahan di tangan skuad Penyu apabila Selangor tidak pernah menang ke atas lawan itu sejak tiga tahun lalu, termasuk tewas tiga kali sepanjang musim ini.

Dalam aksi itu, Cheng Hoe hanya melakukan satu pertukaran dalam kesebelasan utama apabila menyenaraikan tonggak pertahanan dari Ghana, Richmond Ankrah bagi menggantikan Yazan Al-Arab yang dipanggil skuad kebangsaan Jordan untuk aksi persahabatan antarabangsa.

Read more

KDA FC masih setia bersama

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meneruskan kerjasamanya dengan jenama pakaian sukan antarabangsa Lotto Sport Italia melalui penajaan pakaian pasukan untuk aksi saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim 2023. Perkembangan kerjasama yang diteruskan antara dua pihak itu dimaklumkan melalui media rasmi KDA FC, hari ini sekali gus menyaksikan penajaan keseluruhan berjumlah RM1 juta setahun … Read more