Cheng Hoe dedah punca kekalahan Selangor FC

Loading

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui kesilapan individu terutama di babak kedua memakan diri apabila anak buahnya tewas 2-1 dalam aksi final Piala Malaysia kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Malah jelas Cheng Hoe, kekurangan pengalaman beraksi di aksi kemuncak turut mempengaruhi keputusan perlawanan akhir itu.

Tan Cheng Hoe

Satu perlawanan yang baik dan menghiburkan. Kita kalah malam ini kerana pengalaman daripada segi pentas besar.

Beberapa peluang yang gagal disudahkan khususnya pada babak pertama dan itu mungkin sedikit sebanyak mendatangkan isu kepada kita.

“Permainan juga berintensiti tinggi dan sedikit kesilapan apabila kita kehilangan fokus yang menyebabkan JDT berjaya menjaringkan gol sekali gus menjejaskan keyakinan kita,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.

Dalam aksi itu, Selangor terlebih dulu mendahului hasil jaringan penalti Herlison Caion di minit 45.

Bagaimanapun, ia tidak bertahan lama apabila dua minit kemudian striker berbisa JDT, Bergson da Silva menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk sepakan penjuru Matthew Davies.

sumber:- HM

Gol kemenangan skuad Harimau Selatan dijaringkan oleh Fernando Forestieri yang melepaskan rembatan cantik di babak kedua sekali gus menyaksikan trofi Piala Malaysia diarak ke selatan tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *