Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

DISEBALIK JDT ENGGAN BERHARAP DULU

Posted on April 13, 2023April 13, 2023 by borakbola

Loading

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari tetap menghormati pencabar mereka dalam pusingan kedua Piala FA iaitu PDRM FC apabila kedua-dua pasukan bertembung pada aksi kalah mati di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Bekas pembantu jurulatih Bawah 23 tahun Argentina itu berkata, saingan Piala FA berbeza dengan aksi Liga Super apatah lagi ia perlawanan kalah mati dan pelbagai cabaran bakal ditempuh JDT tatkala PDRM FC dilihat sebagai pasukan `giant killer’ yang mampu melakukan kejutan.

“Kenapa saya katakan PDRM FC pasukan `giant killer’. Ini kerana mereka pernah tewaskan Kedah pada aksi Liga Super dan mereka tidak kekok untuk menang di laman gelanggang lawan malah ia menunjukkan pasukan itu mampu melakar kejutan terhadap mana-mana pasukan yang mereka hadapi di padang.

“Sudah tentu PDRM FC pasukan yang baik kerana mampu tewaskan Kedah yang merupakan pasukan hebat dalam saingan liga tapi kita tidak akan mengambil mudah pada perlawanan itu nanti, sebaliknya akan memberi fokus sepenuh untuk memburu kemenangan tatkala kesempatan beraksi di laman sendiri dilihat sebagai satu kelebihan.

“Sama ada saya akan melakukan penggiliran pemain atau tidak, semuanya bergantung kepada sesi latihan terakhir kerana saya mahu pemain bakal beraksi dalam kesebelasan utama terus mengekalkan konsistensi dalam permainan tanpa membuat kesilapan mudah dan dijangkakan ia perlawanan berintensiti tinggi,” katanya.

sumber: hmetro
menambah, JDT selaku juara bertahan tidak akan memberi laluan mudah buat skuad kendalian Azzmi Aziz dan akan mengekalkan corak permainan pantas dan tersusun malah ingin memastikan kelebihan beraksi di laman sendiri akan dipratikkan sepenuhnya.

Tambahnya, posisi tengah perlu diperkemaskan lagi dan kemungkinan akan ada penambahbaikan bagi memastikan pasukan PDRM FC tidak mengambil kesempatan atau mengawal permainan dengan menguasai posisi berkenaan.

“Kita akan awasi taktik permainan PDRM FC yang saya anggap mampu beri tentangan kerana bagi mereka tiada apa perlu dirintihkan seandai tewas menentang JDT dan situasi itu yang membimbangkan kerana mereka boleh menyinar terutama beraksi menentang JDT,” kafa Solari

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. RickeyLib on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  2. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  3. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  4. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  5. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme