Disebalik Komen Cheng Hoe aksi berdepan KDA FC

Loading

Aksi menakjubkan ketika membelasah Perak FC 4-0 pada Sabtu lalu harus dikekalkan oleh pemain-pemain Selangor FC apabila turun menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, beliau mahu anak buahnya mengekalkan momentum sama ketika membenam Perak bagi membolehkan tiga mata penuh diraih di laman sendiri nanti.

Katanya, tindakan mengeluarkan pemain utama pada separuh masa kedua di Ipoh pada hujung minggu lalu adalah bagi memberi ruang buat kesebelasan utama berehat untuk menghadapi ujian getir bertemu Kedah nanti.

“Itu salah satu strategi atau taktikal pasukan selepas kita dapat tiga jaringan gol (ketika menentang Perak Sabtu lalu), kita perlu rehatkan pemain-pemain utama kita.

“Ia kerana kita tahu pasukan Kedah berada dalam satu momentum terbaik,” katanya yang juga anak jadi negeri Kedah di mana beliau sebelum ini pernah membimbing pasukan itu dari 2014 hingga 2017 lalu.

“Ia kerana kita tahu pasukan Kedah berada dalam satu momentum terbaik,” katanya yang juga anak jadi negeri Kedah di mana beliau sebelum ini pernah membimbing pasukan itu dari 2014 hingga 2017 lalu.

Jelas bekas jurulatih skuad Harimau Malaya itu lagi, Selangor perlu beraksi dengan aksi bertenaga termasuk memberi tekanan awal kepada lawan.

“Kita perlu kekalkan corak permainan pasukan kita dari segi intensiti dan tempo pasukan itu penting, dan sebab itu bila pertukaran itu kita nampak juga kita cipta beberapa peluang jaringkan gol ketika babak kedua dengan Perak itu,” katanya.

sumber:- HM

Selangor kini menghuni tangga kedua dengan mengumpul 25 mata untuk berada di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang meraih 33 mata di puncak liga.