sukan

Disebalik perkara penjaga gol NSFC lakukan

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menafikan d4kwaan dia membaca mantera di hadapan gawang sebelum aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Ia susulan seg3lintir individu menularkan video dia yang sedang berdiri di depan pintu gol dan dipercayai membaca sesuatu sebelum perlawanan.

Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun menegaskan apa yang dibacanya adalah doa yang selalu dipesan oleh ibunya sebelum beraksi di atas padang.

Itu bukan mantera, itu doa yang selalu mak saya pesan, apabila masuk padang sampai dekat gawang gol, bacalah doa. Minta dengan Allah, itu bukan m4ntera.

“Syihan pun terkejut juga, orang cakap mantera apa ini. Itu bukan mantera, saya bawa doa-doa umi saya masuk ke dalam padang,” katanya di saluran Youtube, Harimau Malaya.

Bekas penjaga gol skuad bawah 23 (B-23) tahun kebangsaan itu turut menjadi bahan k3caman daripada segelintir peminat bola sepak tempatan yang mendakwanya sengaja melengah-lengahkan masa apabila kerap mengalami kec3deraan dalam perlawanan itu.

Namun, Syihan turut menafikan dakwaan berkenaan sambil menjelaskan bahawa dia benar-benar mengalami kec3deraan dan bukannya taktikal untuk melengah-lengahkan permainan.

sumber:- BH

Dalam aksi itu, JDT berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan apabila mencipta kemenangan 1-0 selepas Fernado Forestieri menjaringkan gol pada masa kec3deraan.