Dugaan Yang Diterima – JDT

Juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh dikatakan antara pasukan paling sibuk sepanjang Ramadan apabila perlu mengharungi sekurang-kurangnya lapan perlawanan membabitkan aksi domestik dan antarabangsa.

Ini kerana, pasukan dimiliki Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menempuh ujian getir membabitkan perlawanan Liga Super dan Liga Juara-Juara AFC (ACL).

 

 

Menerusi kenyataan pasukan terbabit di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan selain jadual padat, faktor bulan Ramadan bakal menjadi ujian buat JDT dalam usaha meneruskan rentak cemerlang dalam Liga Super selain akan menjadi tuan rumah kepada pertandingan ACL.JDT dijadualkan bertemu Kuala Lumpur City FC di tempat lawan pada 6 April sebelum melayan kunjungan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim pada 10 April untuk saingan Liga Super.

Selepas itu, JDT akan berentap dengan pasukan gergasi Asia dari Jepun, Korea Selatan dan China dalam kejohanan ACL dengan kesemua enam perlawanan Kumpulan I akan berlangsung di Johor dari 15-30 April,” katanya.Mengikut rekod, perlawanan membabitkan ACL bagi zon timur yang disertai JDT akan diadakan di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos bermula 15 April hingga 30 April 2022.

JDT bersama-sama Kawasaki Frontale (Jepun), Guangzhou FC (China) dan pemenang antara Buriram United (Thailand) atau Daegu (Korea Selatan) akan berentap bagi mendapatkan slot ke pusingan kalah mat!.

sumber:- HM

Mengikut rekod, saingan peringkat kumpulan ACL akan dijalankan secara dua pusingan sementara hanya satu pusingan untuk Piala AFC.