Hanya lima pemain ,Nak latih macam mana

Dahi di wajah pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney jelas berkerut seribu apabila hanya lima pemain daripada 31 yang disenaraikan melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat hari ini bagi menghadapi temasya Sukan Sea di Vietnam, bulan depan.

Lima pemain berkenaan adalah penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Shafi Azswad Sapari dan Muhammad Haqimi Azim Rosli.Jelas Maloney, beberapa pasukan meminta agar pemain dapat dilepaskan selepas aksi Liga Super hujung minggu ini.

 

 

Katanya, beliau akan meneruskan latihan seperti yang sudah dijadualkan dan akan mempunyai skuad penuh mulai minggu depan secara berperingkat.Ada beberapa pemain tidak dapat melaporkan diri lagi hari ini, di mana pasukan mereka meminta untuk menyelesaikan perlawanan liga hujung minggu ini.

“Kita akan teruskan latihan dengan pemain yang sudah tiba (melapor diri). Saya percaya kita akan ada skuad penuh hujung minggu ini,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.Sebelum ini, Maloney mengumumkan senarai 31 pemain termasuk dua striker yang berpangkalan di luar negara bagi memperkuatkan cabaran skuad negara di Sukan Sea nanti.

Dua pemain itu adalah Luqman Hakim Shamsudin yang bermain di Liga Belgium bersama KV Kortrijk dan pemain Azul Claro Numazu dari Liga Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak.Selebihnya, adalah gabungan pemain-pemain terbaik dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana dengan majoriti datangnya dari pasukan Selangor FC dan Terengganu FC.Mengulas mengenai tahap kecergasan pemain, Maloney akui kesemua pemain berada pada tahap terbaik.Masih terlalu awal untuk kita nilai. Pegawai pasukan akan memantau dari semasa ke semasa, tapi saya rasa tidak ada masalah kerana kebanyakan mereka adalah tonggak utama dalam pasukan masing-masing yang sudah mempunyai tahap kecergasan yang baik,” katanya.

sumber:- HM

Di Vietnam nanti, skuad negara diletakkan dalam Kumpulan B bersama Thailand, Kemboja, Singapura dan Laos.