Imp0rt Jordan Bakal Beraksi Di Liga M

Selangor FC mer3krut ‘kereta keb4l’ Jordan, Yazan Al-Arab bagi memperkuatkan skuad Gerg4si Merah menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Berasal dari Russeifa, Yazan membuat penampilan pertama bersama pasukan negaranya pada 29 Ogos 2017 ketika berusia 21 tahun dan sehingga kini dia sudah beraksi 24 perlawanan antarabangsa.Pengendali Selangor, Michael Feichtenbeiner percaya pemain berusia 25 tahun itu mampu memberi impak kepada barisan pertahanan Gerg4si Merah dengan kelebihan yang dimiliki.

“Saya lihat perlawannnya bersama pasukan Jordan pada Oktober dan sangat kagum dengan prestasinya. Kami (barisan kejurulatihan Selangor) memerhatinya dengan sangat dekat dan kami memulakan perbualan secara peribadi sehingga perjanjian ditandatangani.Yazan sudah bermain dalam bola sepak peringkat tertinggi bersama kelab dan pasukan kebangsaannya. Dia mempunyai fizikal yang kuat dan sangat bagus ketika situasi bola tinggi.

“Dia seorang bek tengah dengan keku4tan kaki kiri dan ini dilihat mampu menambah keku4tan barisan pertahanan tengah yang kebanyakan lebih dominan dengan kaki kanan,” katanya.Pemain berketinggian 1.86 meter (m) itu turut meluahkan perasaan gembira untuk beraksi bersama pasukan Gerg4si Merah.

“Saya teruja nak berjumpa dengan semua termasuklah penyokong Selangor. Saya akan bekerja keras untuk membantu Selangor dalam memberi cab4ran musim hadapan untuk meletakkan nama Selangor kembali sebagai pencabar kejuaraan,” katanya.

Yazan adalah pemain baru kedua yang diperkenalkan kelab itu untuk membarisi pasukan utama Selangor selepas memperkenalkan penjaga gol, Samuel Somerville, semalam.