
Bukan kerana pemain Malaysia kurang berkualiti tetapi sebaliknya pasukan Liga Vietnam (Liga V) mungkin mencari pemain yang jauh lebih memukau supaya sesuai dengan pelaburan besar yang bakal dikeluarkan untuk pemain import.
Itu pandangan pemerhati bola sepak tempatan, Fauzi Pilus yang melihat pemain tempatan tidak jauh bezanya daripada segi teknikal dengan pemain lain di rantau ini kerana perbezaan hanyalah dari segi fizikal semata-mata sekali gus kualiti mereka sebenarnya boleh dibanggakan.
Namun, Fauzi yang pernah menjadi jurulatih serta Pengarah Teknikal PDRM FC itu menegaskan pemain tempatan perlu meningkatkan prestasi dan persembahan mereka supaya dapat lebih menonjol bagi memikat pemantau bakat dari liga lebih baik di rantau ini.
Kualiti pemain kita pun bukanlah rendah sangat kerana ada sesetengah pemain yang boleh diketengahkan kerana ada pemain kita yang beraksi di luar ketika ini seperti Safawi Rasid dan R Kogileswaran. Cuma dalam isu ini, kita perlu melihat dari sudut pandangan ejen dan pengurusan pasukan di Liga Vietnam juga.
Kita harus menilai aspek kompetitif daripada harga yang diletakkan, aspek pemasaran pasukan dan trend peminat tempatan di mana pulangannya berbaloi ataupun tidak dengan nilai serta persembahan yang akan diberikan pemain kita nanti.
Vietnam pun mahu majukan liga mereka, jadi mereka tidak boleh ambil pemain yang tahapnya sama dengan mereka, sebab itulah mereka mencari import yang jauh lebih baik. Sebab itulah kita tiada pilihan selain perlu meningkatkan liga kita dan begitu juga persembahan pemain.
Kalau kita menjadi bertambah baik, kemungkinan pemain kita boleh menarik perhatian kerana kita harus akui selain Liga Thailand, Liga Vietnam juga berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding liga lain di rantau ASEAN ini.
“Kemungkinan juga mereka tidak mengambil pemain kita kerana kekangan permintaan gaji yang tinggi. Dari segi ini, tidak semua pasukan mampu dan mereka pasti fokus mendapatkan pemain dari benua lain yang jauh lebih rendah,” katanya.
Hari ini, BH Sukan melaporkan ejen berpengalaman yang juga Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah melihat agak sukar untuk pemain Malaysia menarik minat pasukan Liga V memandangkan jurang kualiti yang ada dengan status sebagai pemain import.
Jelas Effendi yang berpengalaman mengendalikan ramai pemain import untuk dibawa ke beberapa pasukan terkemuka di Vietnam seperti Hoang Anh Gia Lai, Hanoi FC dan Viettel, pasukan Liga V hanya akan mengambil pemain import sekiranya mereka benar-benar bagus.
Pada masa sama, Fauzi menjelaskan pertandingan antarabangsa seperti Piala Asia, Piala AFF mahupun Sukan SEA boleh menjadi medan terbaik untuk pemain tempatan ‘memasarkan’ bakat mereka dan mencari tapak untuk berkelana.
“Pemain kita perlu menunjukkan tahap permainan yang lebih tinggi dalam pertandingan seperti ini bagi menarik minat pemantau bakat dari sebelah sana (Vietnam). Mereka perlu buktikan mereka ada pakej yang berbaloi untuk diikat.
sumber:- BH
“Pertandingan domestik juga amat penting dan dengan persaingan dan tahap kompetitif yang lebih tinggi dalam liga kita, pemain kita dapat menjadi lebih baik dan jurulatih perlu menuntut pemain supaya pergi ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.
Not because the Malaysian players are of poor quality but on the contrary the Vietnamese League (V League) teams may be looking for players who are far more impressive to match the huge investment that will be made for imported players.
That’s the view of a local football observer, Fauzi Pilus, who sees local players as not much different technically from other players in the region because the difference is only in terms of physicality, so their quality can actually be proud of.
However, Fauzi who was once the coach and Technical Director of PDRM FC insisted that local players need to improve their performance and performances so that they can stand out more to attract talent monitors from better leagues in the region.
The quality of our players is not very low because there are some players who can be highlighted because there are players who are playing outside at the moment such as Safawi Rasid and R Kogileswaran. It’s just that in this issue, we have to look from the point of view of agents and team management in the Vietnam League as well.
We have to evaluate the competitive aspect of the price, the marketing aspect of the team and the trend of local fans where the return is worth it or not with the value and performance that our players will give later.
Even Vietnam wants to advance their league, so they can’t take players of the same level as them, that’s why they look for much better imports. That’s why we have no choice but to improve our league and so does the performance of the players.
If we improve, it is possible that our players can attract attention because we have to admit that in addition to the Thai League, the Vietnam League is also at a higher level than other leagues in the ASEAN region.
“It is also possible that they did not take our players because of the constraints of high salary demands. In this sense, not all teams are capable and they must focus on getting players from other continents who are much lower,” he said.
Today, BH Sukan reported that an experienced agent who is also the Managing Director of Action Football Asia (M) Sdn Bhd, Effendi Jagan Abdullah sees it as quite difficult for Malaysian players to attract the interest of League V teams given the quality gap that exists with the status of imported players.
It is clear that Effendi, who has experience handling many imported players to be brought to some of the leading teams in Vietnam such as Hoang Anh Gia Lai, Hanoi FC and Viettel, V League teams will only take imported players if they are really good.
At the same time, Fauzi explained that international competitions such as the Asia Cup, the AFF Cup and the SEA Games can be the best field for local players to ‘market’ their talents and find a place to travel.
“Our players need to show a higher level of play in a competition like this to attract the interest of talent monitors from over there (Vietnam). They need to prove that they have a package worth tying.
source:- BH
“Domestic competitions are also very important and with competition and a higher competitive level in our league, our players can become better and coaches need to demand players to go to a higher level,” he said.