Isi Hati Bojan Hodak

KUALA LUMPUR: Pengendali KL City FC, Bojan Hodak jelas terpaksa menahan diri daripada bercakap mengenai pengadil walaupun dia sememangnya tampak tidak berpuas hati dengan perkara itu.

Pada sidang media selepas perlawanan berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi, dia menegaskan betapa dia tidak ada sebarang masalah terhadap persembahan pemainnya tetapi mahu merungut mengenai ‘orang lain’.

 

 

Saya tak mahu komen (mengenai perlawanan) sebab saya akan bercakap mengenai pengadil. Kalau saya tak bercakap mengenai pengadil, tiada apa yang nak diperkatakan. Saya tak boleh cakap mengenai pengadil kerana saya akan did3nda nanti.

“Boleh saya tanya anda semua, apa detik penting pada perlawanan tadi (kelmarin)? Kami tidak gembira dengan pengadil dan akan menghantar klip kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).Saya tidak mahu komen lanjut tetapi saya fikir kad merah membunuh perlawanan itu. Kalau saya beri pandangan (mengenai pengadil), mereka akan denda saya. Itu (mutu pengadilan) perlu ditanya kepada orang lain dan bukan saya,” kata Hodak.

 

 

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, hasrat KL City FC untuk bangkit selepas ketinggalan 1-0 bertambah sukar apabila mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Kenny Pallraj dilayangkan kad merah kerana mengasari Velazquez pada minit ke-56.

Terpaksa bermain dengan 10 pemain dengan baki lebih setengah jam perlawanan, kesempatan itu digunakan JDT untuk melebarkan jurang menerusi Bergson yang meledak menerusi penalti pada minit ke-82 sebelum menambah gol keduanya di penghujung permainan.

Mengulas lanjut mengenai aksi anak buahnya, Hodak mengakui prestasi anak buahnya disifatkan lebih baik berbanding pertembungan pada perlawanan Sumbangsih meskipun keputusan sama 3-0 dilakar dalam dua perlawanan terbabit.

sumber:bh

“Tiada apa yang boleh saya katakan kepada pemain kerana mereka sudah beraksi dengan baik. Berbanding aksi sebelum ini, kami lebih cergas sekarang walaupun ada beberapa pemain yang masih lagi mengalami keced3raan.

“Cuma saya berpendapat rekod tidak kalah yang menakjubkan ini sepatutnya tidak berakhir dengan cara sebegini. Kalah 3-0 adalah sesuatu yang buruk,” katanya.