Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

JDT BAKAL BERTEMU PDRM FC

Posted on April 11, 2023April 11, 2023 by borakbola

Loading

Georgetown: Skuad PDRM FC yang kini menghuni tangga ketujuh Liga Super 2023 masih boleh dianggap berada pada kedudukan ‘terpuji’ selepas mengharungi lapan perlawanan, setakat ini.

Pengendali skuad Sang Saka Biru, Azzmi Aziz berkata, bukan mudah untuk berada di slot pertengahan dengan setiap kali perlawanan anak buahnya bertembung dengan pasukan hebat belaka.

“Saya tidak rasa kami berdepan laluan mudah dengan setiap kali perlawanan berjumpa pasukan lebih ‘besar’ termasuk dalam kelompok ‘top five’ musim lalu seperti Sabah FC dan Terengganu FC.

“Kami bermain dengan agak baik meskipun kalah dan terakhir dengan Sri Pahang, dan hari ini (malam tadi) dengan Penang FC, tetapi kami faham pemain sudah mencuba sebaik mungkin,” katanya pada sidang media selepas tewas 2-4 di tangan Penang FC di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Azzmi berkata, kesilapan satu dua individu menyebabkan skuadnya dibolosi ditambah terpaksa beraksi dengan 10 pemain sehingga sukar bangkit semula.

sumber: hmetro

Justeru, beliau mahu terus membakar semangat pemain terutama berdepan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada 19 April ini.

“Kami perlu realistik dan bersedia mengecilkan margin (jaringan gol) kerana pastinya ia bukan perlawanan mudah.

“Jadi, kami sedia untuk bertahan sebaik mungkin,” katanya.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  2. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  3. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  4. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA
  5. Ernestnal on Faisal halim sanggup demi kariernya

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme