Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

JDT BAKAL SAMBAR JELMAAN SAFAWI RASID

Posted on May 18, 2023May 18, 2023 by borakbola

Loading

Kuala Lumpur: Bagi memastikan penguasaan berterusan pada masa depan, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatangani pemain muda berbakat besar berusia 13 tahun, Muhammad Aqil Mohd Shamsul Aswadi dari Terengganu.

Remaja terbabit akan menyertai Akademi JDT yang juga satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan.

Berdasarkan video yang tular di media sosial, Muhammad Aqil dilihat memiliki skil individu mengagumkan dengan kawalan kemas menerusi bisa kaki kidalnya seperti bintang JDT kelahiran Terengganu, Safawi Rasid, malah mudah melepasi kawalan pemain lebih dewasa.

Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu memang terkenal dengan kecekapan menghidu bakat baharu seawal usia muda.

Sebelum ini, JDT juga berjaya memikat sayap kanan berbisa kelahiran Rompin, Pahang, Arif Aiman Hanapi untuk menyertai akademinya sejak remaja sebelum dibentuk menjadi bintang bagi skuad senior dan pasukan kebangsaan.

sumber: hmetro

Dengan gabungan pemain handalan tempatan, tonggak warisan dan bintang import berkualiti, tidak hairanlah JDT bakal mendominasi arena bola sepak tanah air dalam jangka panjang dibantu visi pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  2. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  3. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  4. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA
  5. Ernestnal on Faisal halim sanggup demi kariernya

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme