JDT Kini Lakar Sejarah baharu

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Malaysia Airlines Berhad (MAB).Kerjasama itu menjadi sebagai tanda k0mitmen kedua-dua pihak dalam menaikkan taraf bola sepak tempatan ke aras yang lebih tinggi dan hebat di mata dunia.

Malaysia Airlines kini akan menjadi rakan penerbangan eksklusif untuk JDT yang akan menerbangkan pasukannya ke perlawanan di seluruh Malaysia dan ketika Harimau Selatan mewakili negara dalam kejohanan antarabangsa selain peluang dalam hak barang dagangan serta hubungan penyokong melalui pengalaman yang ulung.

 

Ia juga akan menyaksikan jenama JDT akan mempunyai lebih ‘visibility’ di seluruh dunia dengan siri ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers’ akan ditayangkan di dalam sistem hiburan penerbangan di semua pesawat Malaysia Airlines ke seluruh rangkaiannya.

“Malaysia Airlines terbang ke 1,100 destinasi di 150 buah negara seluruh dunia dan akan fokus kepada negeri Johor sebagai hub penerbangan baharu mereka terutama ke destinasi Malaysia Timur,” kata kelab itu dalam kenyataan.

 

sumber:- BH

“Ini sekali gus memastikan jenama JDT mendapat lebih 75 juta tontonan hasil dari beberapa siri usaha strategik yang sudah dirancang bermula dari video pengenalan bahagian pertama jersi JDT Nike Home & Away 2022 tempoh hari dan satu lagi kerjasama bersama artis terkenal antarabangsa menerusi satu ‘worldwide release’,” tambah kenyataan itu.