JDT TERUS SUKSESS

Johor Darul Ta’zim (JDT) meleburkan rekod tanpa kalah KL City FC dalam 23 perlawanan di laman sendiri selepas pendahulu Liga Super itu meraih kemenangan 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan anak buah Benjamin Mora terus cemerlang dengan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan setakat ini – juga tanpa dibolosi sebarang gol.Skuad Warga Kota pula berada dalam keadaan yang p@rah apabila dibolosi dengan tiga gol dalam tiga aksi berturut-turut selain masih menanti kemenangan sulung mereka pada musim ini.

 

 

Kedua-dua pasukan tampak masih tercari-cari rentak dalam 15 minit pertama namun ‘aksi’ pertama hadir pada minit ke-17 yang membolehkan JDT mendahului perlawanan.Bermula daripada hantaran panjang yang gagal dikeluarkan Declan Lambert, peluang tiba bagai ‘orang mengantuk disorongkan bantal’ kepada Fernando Forestieri yang melakukan penyudah kemas untuk gol pembukaan pelawat dalam perlawanan itu.

 

 

Dua peluang keemasan menjadi milik JDT pada minit ke-26 apabila sepakan percuma Leandro Velazquez mengg3gar palang sebelum Declan dan Kevin Ray Mendoza menafikan harapan Bergson da Silva tiga minit berselang.

Bersambung babak kedua, KL City FC tersentak apabila terpaksa meneruskan baki lebih setengah jam perlawanan dengan 10 pemain apabila Kenny Pallraj dilayangkan kad merah selepas mengasari Velazquez pada minit ke-56.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias memastikan gawangnya tidak ‘din0dai’ apabila pantas menutup peluang Paulo Josue daripada mendapat jaringan penyamaan pada minit ke-66.

sumber:- BH

Skuad Harimau Selatan akhirnya memadam sisa perjuangan KL City FC apabila Bergson menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82 dan menambah gol keduanya di penghujung permainan.