sukan

Jordan Mintah Akan dipanggil

Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali akan memanggil striker utamanya, Jordan Mintah berikutan kemeros0tan prestasi striker utamanya, Jordan Mintah.

Bekas arkitek Terengganu itu berkata, beliau hairan dengan aksi mervdum penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu itu yang dilihat bergelut untuk membvru jaringan.

Malah, katanya, beberapa peluang terhidang yang dilihat mampu menghasilkan gol gagal diterjemahkan dengan jaringan dan ketajaman penyerang kelahiran Ghana itu tidak seperti musim lalu.

Saya akan panggil Mintah dan berbincang daripada hati ke hati untuk mengetahui punca sebenar kemerosotan prestasinya yang dilihat bergelut untuk menghasilkan jaringan.

Sebelum ini saya sudah tanya dia (Mintah), tapi dia maklum tiada masalah, mungkin pertahanan lawan sudah dapat membaca corak permainannya selain mengawal ketat pergerakannya menyebabkan dia tidak berpeluang untuk menjaringkan gol.

“Bagaimanapun saya harapkan selepas pertemuan itu nanti, Mintah dapat kembali menemui rentak jaringan kerana dia adalah penyerang harapan kami untuk merobek kubu pasukan lawan,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang menyaksikan mereka tewas 0-1 kepada Kelantan FC, malam tadi.

Daripada enam perlawanan setakat ini, Mintah baru menjaringkan tiga gol sedangkan musim lalu dia menjaringkan 16 gol dalam saingan Liga Perdana, empat gol Liga Super dan empat jaringan di kempen Piala Malaysia.

Mengulas kad merah yang diterima pemain kelahiran Montenegro, Argzim Redzovic selepas menjatuhkan penyerang Kelantan FC, Natanael Siringo Ringo pada babak pertama, Badrul meluahkan rasa terkilan dengan tindakan kurang bijak pemain import itu.

Pemain itu lambat ketika melakukan asakan ke atas pemain lawan menyebabkan dia melakukan kesilapan, sebagai pemain berpengalaman situasi itu tidak sepatutnya berlaku.

sumber:- HM

“Bagaimanapun saya tidak mahu menyalahkan 100 peratus pemain itu kerana kekasaran dilakukan itu ketika menyelamatkan bola dalam situasi terlalu pantas dan berharap dia belajar daripada kesilapan itu,” katanya.