
Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak berada pada tahap tertinggi dan bersedia menjadikan Sri Pahang FC sebagai ‘mangsa ke-12’ apabila kedua-dua pasukan turun di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
Malah, juara sembilan kali berturut-turut Liga Super itu turut bermotivasi untuk memadamkan rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah selepas 11 aksi sebelum ini.
Jika JDT berjaya menumbangkan lawan, ini bermakna hanya skuad Harimau Selatan menjadi pasukan tunggal yang belum pernah tewas musim ini.
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sendiri melaungkan betapa kelabnya sudah sedia menewaskan Sri Pahang malam esok.
“Jumpa anda esok. Pencipta sejarah dan pemecah rekod JDT,” katanya di laman sosial hari ini.
Dalam aksi itu nanti, Sri Pahang bakal turun dengan ‘skuad tempang’ apabila tiga tonggak utamanya iaitu Izham Tarmizi Roslan, Syazwan Andik Ishak dan Azrif Nasrulhaq tidak akan beraksi.
Ini kerana mereka menyertai skuad Tok Gajah secara pinjaman daripada JDT selama semusim.
sumber:hmetro
Ia sekali gus memberi kelebihan buat tuan rumah yang dijangka bakal menurunkan skuad terkuat pada aksi itu nanti.