Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

Jurulatih berpengalaman dedah punca kehebatan JDT musim ini, adakah bakal setanding kelab eropah nanti

Posted on April 12, 2023April 12, 2023 by borakbola

Loading

Di manakah terletaknya kekuatan Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga terlalu dominan dalam saingan Liga Super pada musim ini?

Adakah rahsianya daripada taktikal diterapkan jurulatih baharu Harimau Selatan, Esteban Solari atau kehadiran beberapa pemain hebat, sekali gus menambah lagi ‘sengat’ dalam pasukan itu.

Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan berpendapat, kedua-kedua faktor itu hanya memainkan peranan kecil kepada aksi cemerlang JDT yang seolah-olah bukan tandingan kepada pasukan lain dalam Liga Super.

Sebaliknya, bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu berpandangan hubungan baik di antara pihak pengurusan bersama pemegang taruh JDT selain mentaliti juara dimiliki pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara kunci Harimau Selatan mengaum lebih hebat pada musim ini.

Antara sebab JDT berjaya menampilkan aksi cemerlang sebenarnya lebih kepada hubungan silaturahim dalam pasukan. Dari pihak pengurusan yang teratas sehinggalah paling bawah.

“Kalau tengok JDT, individu yang berperanan paling penting dalam kejayaan pasukan sudah tentu TMJ (Tengku Mahkota Johor).

“Dia sentiasa mencari solusi terbaik macam mana untuk menguatkan lagi pasukannya walau seperti semua sedia maklum pasukannya sudah kuat.

“Kalau lihat pasukan lain mereka seolah-olah tidak ada mentaliti yang dimiliki TMJ. Kalau lihat kadang itu ada sesetengah pasukan itu dia kitar semula pemain, tetapi di JDT, jarang kita lihat benda seperti ini berlaku.

“Malah di JDT, mereka mempunyai garis panduan apa yang perlu diikut, KPI dan sebagainya. Jadi di situlah dapat lahirnya sifat kekitaan, kesukaan, keceriaan dan kegembiraan dalam diri pemain untuk berlatih bersungguh-sungguh, sekali gus bantu prestasi pasukan.

“Kalau sesebuah pasukan itu ada pemain atau jurulatih hebat, tetapi kalau tiada sokongan dari orang atas, saya rasa ia tidak akan membantu. Sebab sukan bola sepak ini membabitkan semua pihak bukan hanya tertumpu kepada satu individu sahaja,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

JDT memulakan saingan Liga Super musim ini dengan cemerlang apabila mengutip 24 mata penuh dalam lapan perlawanan.

Malah dalam enam perlawanan terakhir mereka menjaringkan empat gol atau lebih dengan hanya Terengganu FC (TFC) dan Kuala Lumpur (KL) City FC sahaja terselamat daripada menjadi mangsa belasahan JDT.

Ketika ditanya potensi JDT untuk menamatkan saingan musim ini dengan mata penuh, Wan Jamak mengakui ia bukanlah satu perkara mustahil memandangkan pasukan itu sudah menunjukkan kredibiliti mereka terutama ketika berdepan pasukan hebat seperti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Selangor FC, TFC dan Sabah FC.

Bagaimanapun, katanya, ia memerlukan kerja keras bukan sahaja daripada pemain, tetapi semua pihak sekiranya mahu melaksanakan impian berkenaan.

“Berdasarkan prestasi mereka selepas lapan perlawanan, pencapaian itu bukan sesuatu yang mustahil dan mereka menang besar dengan pasukan bukan calang-calang.

sumber:- HM

“Pada pandangan saya mungkin JDT akan memperkuatkan lagi pasukan dan siapa tahu mungkin mereka akan mencatat satu lagi sejarah sebagai pasukan meraih mata penuh dalam aksi Liga Super,” ujarnya.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. RickeyLib on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  2. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  3. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  4. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  5. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme