KDA FC Ada Hasrat Yang Tersirat

KEDAH Darul Aman (KDA) FC  kini akan  melaungkan amaran akan memberi tentangan hebat kepada juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam misi Sang Kenari untuk mer4mpas trofi kejuaraan tertinggi bola sepak negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata, beliau yakin misi tersebut mampu untuk direalisasikan dengan kehadiran beberapa pemain muda berpengalaman ditambah dengan pemain import berkualiti musim ini.Insya-ALLAH, berdasarkan dalam kalangan pemain yang pasukan Kedah Darul Aman miliki pada ketika ini, saya percaya pasukan mampu memberi tentangan s3ngit kepada penyandang juara Liga Super, JDT.

 

 

Sebab saya lihat ketika ini pun, kita pening untuk memilih kesebelasan utama untuk pasukan sehingga jurulatih kerap melakukan penggiliran dalam kalangan pemain. Jadi ini menunjukkan ada persaingan sihat dalam pasukan ini.Malah para pemain yang kita ada ketika ini kebanyakannya berpengalaman dan muda serta tidak terlalu tua. Jadi saya yakin pengalaman yang dimiliki mereka ini akan membantu pasukan untuk mencipta keputusan yang p0sitif dalam setiap perlawanan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Rabu.

 

Sukan Sinar sebelum ini melaporkan bahawa KDA, Terengganu FC dan Selangor FC antara pasukan yang disifatkan bekas pemain kebangsaan, Lim Chan Yew yang mampu akan memberi tentangan yang sengit kepada JDT dalam misi Harimau Selatan mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk musim ini.

sumber:sh

Sang Kenari pada musim lalu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua selepas mengutip 43 mata hasil 13 kemenangan empat seri dan lima kalah.Ditanya mengenai sasaran Sang Kenari dalam saingan Piala AFC 2022, Kamal berkata, pengurusan pasukan masih belum meletakkan sasaran spesifik pada masa ini.