
Kedah Darul Aman (KDA) FC berazam mengekalkan rentak kemenangan apabila turun melayan kunjungan Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman malam esok.
Pengendalinya, Aidil Sharin Sahak berkata, dua kemenangan yang diraih ketika menewaskan Penang FC 1-0 dan Melaka United 3-0 menjadi bekalan terbaik skuadnya untuk memastikan rekod kemenangan dapat dikekalkan sekali gus kembali meletakkan kedudukan pasukan dalam kelompok lima pasukan teratas Liga Super.
Fokus kami adalah untuk meneruskan momentum kemenangan seperti yang dicapai dalam dua perlawanan lalu, dan saya berharap kami dapat mengutip tiga mata lagi.
Jadi, kami perlu memanfaatkan sepenuhnya setiap kelebihan yang ada bagi memastikan rekod kami tidak lagi tercalar di laman sendiri selepas hanya tewas kepada Melaka United Mei lalu.
“Pemain perlu lebih fokus di benteng pertahanan dan terus memperkemaskan jentera s3rangan untuk menghasilkan gol pada perlawanan ini,” katanya.
Aidil bagaimanapun mengingatkan anak buahnya supaya berwaspada dengan ancaman Selangor selepas mereka bangkit dengan mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-1 sebelum menewaskan Sabah 2-0 di Kota Kinabalu minggu lalu.
Selangor memiliki kreativiti s3rangan yang bagus di mana mereka memiliki striker yang laju dan boleh memberi ancaman buat kami.
“Kami perlu bersiap sedia dan tidak leka bagi mengelak dihukum ketika berdepan lawan itu,” katanya.
KDA kini berada pada tangga keenam dengan mengumpul 24 mata, sementara Selangor yang mengumpul 20 mata berada di tangga kelapan.
sumber:- BH
Rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini menyaksikan KDA tewas 1-4 di tempat lawan.