KDA FC jalin kerjasama dengan Halo Telco

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menjalin kerjasama dengan satu syarikat ini iaitu Halo Telco selaku rakan rasmi telekomunikasi skuad Hijau Kuning bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata kerjasama itu adalah selaras dengan perubahan baharu selepas Kedah beralih dari dari fasa KFA (Persatuan Bolasepak Kedah) ke fasa swasta dengan jenama kelab KDA FC.

Saya berharap keberkesanan dan pencapaian kerjasama yang kami sasarkan bersama Halo Telco dapat bermula dengan jangka masa pendek dan seterusnya s4saran kami adalah dapat melangkah ke fasa jangka pada masa panjang selepas ini.

Saya juga berharap melalui kerjasama yang terjalin ini dapat memberi kejayaan seperti dirancang dan akan bergerak seiring antara kedua-dua belah pihak,” katanya pada majlis perjanjian kerjasama antara KDA FC dan Halo Telco menerusi Winner Venture Sdn Bhd di pejabat KDA FC di sini, hari ini.Perjanjian kerjasama ditandatangani Khamal mewakili KDA FC dan Ketua Pegawai Eksekutif Halo Telco, Mohd Shukrie Rahim.

Melalui kerjasama ini, penyokong skuad Hijau Kuning kini akan berpeluang mendapatkan kad sim prabayar Halo Telco khas versi KDA FC pada harga serendah RM5 setiap keping beserta beberapa pakej yang menarik.Dalam pada itu, Khamal berkata skuad Lang Merah bakal mengadakan dua aksi persahabatan dalam tempoh terdekat menentang skuad Liga M3 di Kedah dan Perlis sebelum beraksi di luar Kedah pada musim ini.

sumber: bh

KDA FC juga merancang mengadakan tiga atau empat perlawanan persahabatan di Kuala Lumpur pada awal Februari ini dan kemudian akan menyertai pertandingan empat penjuru di Sabah membabitkan Kelantan FC, Sarawak United dan Sabah FC.