KEDAH FC kini harus Waspada

Alor Setar: Kedah Darul Aman (KDA) FC tidak boleh memandang rendah kemampuan Selangor FC walaupun The Red Giants ketika ini sedang berg3lut untuk memperaga prestasi terbaik.Justeru, jurulatih skuad Kenari, Aidil Sharin Sahak tidak melihat situasi itu bakal ‘memudahkan’ kerja mereka dalam meneruskan rentak kemenangan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Malah, jurulatih dari Singapura itu turut menjangkakan cabaran sengit dari Selangor, apatah lagi mereka beraksi sebagai tuan rumah pada pertembungan malam esok.Tiada perlawanan yang mudah buat kami, malah semua perlawanan pada musim ini menguji fizikal dan mental setiap pemain dan kami perlu bersedia pada tahap yang tinggi bagi memastikan tidak keciciran mata.

 

 

Selangor adalah pasukan yang bereputasi juara dan pastinya itu satu cab4ran yang tinggi untuk kami, lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan dalam bulan puasa ini.tiada siapa mahu keciciran mata, dan kami sedar sebagai pasukan pelawat, ia akan berlangsung dalam aksi yang penuh mencabar buat kami yang hadir sebagai pasukan bukan pilihan,” katanya.

Pada masa sama, Aidil mengakui ketiadaan Dennis Buschening yang mengalami keced3raan jangka panjang sedikit ‘meros4kkan’ percaturannya sekali gus memaksa dia untuk bersedia dengan strategi seterusnya bagi mengisi kekosongan di bahagian tengah.

“Ketiadaan Buschening tetap memberi kesan buat jentera serangan namun kami perlu menerima keadaan itu dan berusaha merangka strategi yang bersesuaian bagi memastikan kelancaran ser4ngan.

sumber: hmetro

Apa yang kami tekankan adalah beraksi secara berkumpulan dan saya berharap semua pemain dapat meningkatkan kerjasama yang baik seperti ditunjukkan dalam perlawanan lalu.