Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

Selamat Tinggal Ratchaburi FC, kemanakah kelab Safawi seterusnya

Posted on May 18, 2023May 18, 2023 by borakbola

Loading

Kuala Lumpur: Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid sudah mengucapkan selamat tinggal kepada kelab Thailand, Ratchaburi FC selepas memuat naik ‘stories’ di akaun Instagram miliknya.

Dia yang sebelum ini dipinjamkan daripada JDT ke kelab berkenaan seakan sudah bersedia mencari destinasi terbaharu selepas lima bulan beraksi di Liga Thailand.

“Pengembaraan bersama kamu semua adalah sangat menarik. Terima kasih banyak Ratchaburi FC,” kata Safawi di Instagram.

Berdasarkan laman web transfermarkt, Safawi mula dipinjamkan kepada Ratchaburi pada 19 Disember tahun lalu dan kontraknya bakal berakhir hujung bulan ini.

Sebelum ini ejen bola sepak terkenal, Myeongho Jeong mengesahkan sedang berusaha membawa Safawi untuk beraksi di Korea Selatan.

Jeong juga sudah mengesahkan pihaknya sudah berjumpa dengan Safawi di Thailand kerana ada kelab divisyen dua Korea Selatan berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

sumber:hmetro

Untuk rekod, Safawi sebelum ini pernah dipinjamkan ke Portugal bersama Portimonense SC pada Oktober 2020 namun dia hanya bersama kelab berkenaan selama tiga bulan sebelum pulang semula ke Malaysia.

Bersama Ratchaburi, Safawi yang berusia 26 tahun beraksi sebanyak 13 kali dengan meledak satu gol ketika membantu kelabnya menewaskan Chonburi 2-1.

Bulan lalu Terengganu FC (TFC) turut menyatakan hasrat serius untuk mendapatkan khidmatnya apabila jendela kedua Liga Malaysia (Liga M) dijadualkan bermula 5 Julai hingga 8 Ogos depan

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. RickeyLib on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  2. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  3. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  4. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  5. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme