Kemunculan Manjung City FC Di Liga M3 Tarik Perhatian

KUALA LUMPUR: Akan Memberi saingan s3ngit dan melahirkan pemain berkualiti menjadi antara agenda utama pasukan Manjung City FC yang akan bersaing dalam Liga M3 musim ini.Pegawai Media Manjung City, Ismail Ibrahim menjelaskan skuad itu akan memberikan komitmen dan berusaha ker4s dalam memartabatkan sukan bola sepak di daerah Manjung khususnya, serta liga bola sepak tempatan amnya.

Kemunculan Manjung City FC diharap dapat memberi saingan sengit dalam juara Liga M3 musim 2022. Kami juga berharap kemunculan pasukan baru ini, iaitu Manjung City FC dapat memartabatkan lagi arena bola sepak negara sekali gus melahirkan pemain yang berkualiti dan berk4liber,” katanya.Pasukan itu pada Jumaat lalu mengadakan majlis pelancaran dan pengenalan pemain di Dewan Merdeka Pusat Konvensyen Manjung, Perak.

Majlis berkenaan menyaksikan untuk pelancaran pakaian rasmi dan jersi pasukan secara eksklusif daripada penaja iaitu Hakka Clo selain upacara menandatangani mem0randum persetujuan penajaan bersama rakan-rakan yang menjadi  penaja utama untuk pasukan itu.

sumber: bh

Majlis Perbandaran Manjung, Taraf Nusantara Sdn Bhd (Lagenda Properties), Hakka Clo PLT, Rhino Ariel Travel & Tours Sdn Bhd serta Smart Food Venture Networking Sdn Bhd (Ayam Ory) antara penaja pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga M3 pada tahun ini.