Khidmat Azam Ditagihkan Sri Pahang FC

Pemain Harimau Malaya, Nor Azam Azih masih bersama Sri Pahang FC

 

Kuantan: Khidmat pemain tengah Harimau Malaya, Nor Azam Azih tetap ditagih Sri Pahang FC apabila berdepan Sabah FC di Stadium Likas, Sabtu ini.

Ketua jurulatih Sri Pahang, Christophe Gamel berkata, skuad itu amat memerlukan pemain berpengalaman itu bagi memperkasakan pasukan.Memang khidmat Azam ditagih Sri Pahang dalam membentuk pasukan mantap untuk berdepan Sabah nanti.

azam

“Namun setakat ini saya tidak dapat mengesahkan sama ada Azam bermain bersama Sri Pahang kerana dia baru sahaja beraksi bersama Harimau Malaya.

“Apa yang boleh saya jelaskan, jika Azam mungkin ada, tiada apa berubah kerana matlamat utama pasukan adalah mencatat keputusan positif di tempat lawan,” katanya.

Musim ini, Azam bukan sahaja nadi utama skuad Tok Gajah, malah pemain tengah itu membantu skuad kebangsaan layak ke Piala Asia 2023.

Lebih manis Harimau Negara melayakkan diri secara merit selepas 43 tahun.

Gamel mengesahkan, beberapa pemain skuad itu mengalami kecederaan dan kemungkinan tersisih apabila berdepan Sabah.

Namun, katanya, masalah keced3raan itu diharap tidak menjejaskan perancangannya ketika skuad Sri Pahang mahu mencatat kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

sumber:hmetro

baca lagi: azam-masih-bersama-sri-pahang

Pemain Harimau Malaya, Nor Azam Azih masih bersama Sri Pahang FC

Pemain Harimau Malaya, Nor Azam Azih masih bersama Sri Pahang FC sebaik saingan Liga Super bersambung nanti.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) memaklumkan bahawa tiada sebarang keputusan berhubung penghijrahan pemain tengah itu ke pasukan lain.

“Setakat ini, Azam masih lagi bermain bersama skuad Tok Gajah dan tidak timbul dia akan meninggalkan kelab ini pada jendela perpindahan pemain.

“Pada masa sama, tiada sebarang permohonan yang diterima SPFC setakat ini daripada pasukan yang berminat mendapatkan Azam.

“Jika ada pasukan yang berminat mendapatkan Azam, sudah pasti SPFC akan menerima surat permohonan.

“Apa yang boleh SPFC sahkan bahawa Azam masih lagi mempunyai kontrak bersama Sri Pahang,” kata sumber itu.

Baru-baru ini, Azam yang kini bersama Harimau Malaya dikatakan di risik dalam memperkasakan sebuah pasukan sebaik jendela perpindahan pemain dibuka.

Namun, sehingga kini tiada sebarang permohonan diterima SPFC yang menganggap ia sekadar khabar angin mengenai penghijrahan Azam.

Lebih-lebih lagi, Sri Pahang yang dibimbing Christophe Gamel masih memerlukan khidmat pemain tengah berpengalaman itu.

Pada masa sama, Azam sebelum ini turut menafikan akan meninggalkan skuad Tok Gajah.