Kim Pan Gon bukan Ahli Magic, mengharapkan perubahan yang drastik berlaku

Bekas peny3rang kebangsaan, Safee Sali mengingatkan peminat agar tidak mengharapkan perubahan yang drastik berlaku dengan kehadiran jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan Gon untuk skuad Harimau Malaya.Katanya, jurulatih dari Korea Selatan itu perlu diberikan masa sedikit untuk meningkatkan prestasi Harimau Malaya dan dalam masa sama perlu menyesuaikan diri dahulu dengan budaya bola sepak tempatan di Malaysia.

Secara realitinya ramai yang meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada jurulatih baharu (Pan Gon) dan perkara itu akan memberi tek4nan kepada barisan kejurulatihan.Untuk mendapat keputusan yang drastik dengan pelantikkan beliau adalah must4hil untuk satu atau dua bulan. Corak permainan berubah juga tidak akan berlaku dalam masa singkat ini tetapi ia akan ada dan memerlukan masa untuk berlaku perubahan.

 

 

Kita kena perlu sabar. Apa yang paling penting, dia perlu cepat memahami budaya dan suasana bola sepak kita di Malaysia.Jangan letak harapan terlalu tinggi. Saya hanya ingin melihat dia cepat menyesuaikan diri dan dapat membentuk pasukan Harimau Malaya yang lebih kuat pada musim baru ini.

Safee berkata demikian ketika ditemui dalam perlawanan persahabatan bola sepak amal antara Kelab Sukan Veteran Boss Gaurus dan selebriti bagi mengumpulkan dana untuk disalurkan kepada dua buah badan kebajikan di sini, semalam.

 

Sementara itu, Pengarah Urusan Azyma Group Sdn Bhd, Ahmad Zaiem Ismail yang tampil sebagai penaja utama perlawanan amal itu, berkata ia adalah salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilakukan oleh syarikatnya.Kita akan mengadakan lebih banyak lagi program seperti ini bagi membantu pada golongan tidak berkemampuan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

sumber: bh

Pembeli produk Azyma bukan sahaja membeli produk untuk kegunaan sendiri tetapi dalam masa sama turut menyumbang dan bersedekah.