Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

Kisah disebalik adik kepada Safawi, Alfi Rasid

Posted on January 8, 2023January 8, 2023 by borakbola

Loading

Pemain sayap, Alfi Rasid mahu terus membina pentas kejayaan buat dirinya apabila bersama skuad Liga Simpanan Bawah 23 tahun Kedah Darul Aman FC (KDA FC B-23) pada musim ini.

Membawa imej sebagai adik kepada pemain tonggak Harimau Malaya dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) musim lalu Safawi Rasid, Alfi juga mengakui ia satu cabaran yang sangat besar dan bukan mudah untuk dihadapinya dalam mencapai kejayaan seperti abangnya, Safawi.

 

Alfi Rasid

 

Kini Mengambil kejayaan abangnya sebagai inspirasi, Alfi kini mahu buktikan tahap pencapaiannya bersama skuad Liga Simpanan Kedah satu landasan yang mampu menaikkan namanya di persada bola sepak tempatan.

Saya membawa nama serta aura yang ada pada abang saya Safawi dan oleh kerana itu ia satu cabaran besar dan saya perlu buktikan kemampuan diri bersama pasukan Kedah pada  musim ini.

Saya meminati cara serta corak permainan abang saya, cuma cara saya beraksi ini tidak sama dengan dia, malah saya ada cara permainan saya yang tersendiri sejak saya mula beraksi.

“Sebelum saya datang ke Kedah, saya ada juga bertanyakan pendapat dengan abang (Safawi) mengenai persiapan yang perlu saya lakukan pada musim ini kerana saya juga mahu sentiasa bermain dan mengimpikan untuk menjadi tonggak utama seperti dia,” katanya.

Pemain berusia 22 tahun kelahiran Dungun dan pernah bersama JDT III menjulang Piala Presiden musim 2022 lalu berkata, peluang dan semangat untuk meningkatkan dirinya bersama skuad Liga Simpanan Sang Kenari tidak akan disia-siakannya untuk dalam kariernya.

“Saya mahu terus fokus bersama pasukan yang sudah memulakan latihan sejak dua minggu lalu dan untuk sasaran peribadi, saya mengimpikan kejuaraan bersama Kedah pada musim ini.

sumber:- HM

“Rezeki saya pada musim ini bersama Kedah dan pada masa ini saya dan rakan sepasukan sedang bekerja keras untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama,” katanya.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  2. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  3. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  4. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA
  5. Ernestnal on Faisal halim sanggup demi kariernya

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme