Luahan hati Jurulatih Laos Disebalik Kekalahan Malaysia B-23

Ketua jurulatih Laos, Michael Weiss mengakui berpuas hati dengan prestasi pemain mereka selepas berjaya menyingkirkan pasukan Malaysia dari Kejuaraan Bawah 23 (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF)di Kemboja, semalam.

Malah, pengendali dari Jerman itu menjelaskan pasukannya kini perlu melakukan persediaan terbaik mereka untuk menghadapi aksi separuh akhir yang berkemungkinan berdepan Vietnam atau Thailand yang amat dinantikan.Ia hari yang menakjubkan dan hebat. Berdasarkan cara kami bermain pada babak pertama, kami sepatutnya boleh mendapat lebih dari satu gol.Tapi kami harus realistik kerana berdepan antara pasukan kuat di Asia Tenggara seperti Malaysia. Namun, kami berpuas hati dengan persembahan pasukan itu.

 

 

Saya tumpu kepada proses jangka panjang untuk melihat pemain yang boleh di serap ke skuad senior kebangsaan dan ia menjadi pembangunan yang baik bagi pasukan Laos,” katanya yang turut berperanan sebagai ketua jurulatih skuad senior Laos.

Laos boleh dianggap mencipta kejvtan baru di pentas Kejuaraan B-23 AFF kali ini apabila dua kali menundukkan Malaysia dengan 2-1 iaitu pada Jumaat lalu dan 2-0 dalam saingan di Phnom Penh, semalam.

 

sumber: bh

Kejayaan manis itu dengan menewaskan Malaysia yang dianggap sebagai antara pasukan pilihan pada kejohanan itu membolehkan Laos melangkah ke separuh akhir selaku juara Kumpulan B untuk musim ini.