Luahan TMJ kepada penyokong JDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu lebih ramai penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) memenuhi tempat duduk dalam Stadium Sultan Ibrahim khususnya untuk aksi Liga Super men3ntang Sri Pahang, malam esok.

Menerusi satu kenyataan di laman sosial, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab JDT mengakui sudah banyak duit dilaburkan untuk membangunkan pasukan terbabit namun, beliau masih terpaksa merayu untuk melihat penyokong turun ke stadium.

 

 

Katanya, dengan pelbagai kejayaan sudah dilakar, sokongan padu penyokong amat diharapkan dan beliau mahu ia diterjemahkan ketika skuad kendalian Benjamin Mora melayan kunjungan skuad Tok Gajah nanti.

Esok perlawanan terakhir selepas itu direhatkan untuk 1 bulan. Datang stadium beri sokongan.Tahun ini, semangat melawan pasukan luar biasa. Sejarah dan rekod sudah tercipta. Sokongan anda memberi setiap pemain semangat yang luar biasa.

Kesian saya ini. Berjuta-juta duit keluar, masa, peng0rbanan, sejarah, pencapaian dan masih kena merayu untuk penyokong ke stadium.Apa apa pun terima kasih atas sokongan anda,” tulisnya di laman sosial.JDT kini kekal berada di kedudukan teratas Liga Super dengan 15 mata selepas mengharungi lima perlawanan.

Selepas aksi malam esok, Liga M akan berhenti selama sebulan bagi membolehkan skuad Harimau Malaya melakukan persiapan awal untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia, mulai 8-14 Jun ini.

sumber:- HM

Pada kempen kelayakan itu, Malaysia berada dalam Kumpulan E bersama Turkmenistan, Bangladesh dan Bahrain.