Luqman buat Hal

Luqman buat Hal.

Kesilap4n striker skuad Harimau Malaya, Luqman Hakim Shamsudin memakai seluar terbalik mencuit hati rakan sepasukan sekali gus meredakan sedikit tekanan bagi pasukan itu ketika pasukan sibuk menjalani jadual latihan masa yang padat.Menerusi satu video yang tular di laman sosial, Luqman dilihat memakai seluar panjang terbalik dengan logo Nike di belakang.

Ia sempat dirakam rakan sepasukan ketika pemain baru tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menjalani latihan pasukan.Luqman yang sedang berjalan memasuki bilik persalinan tidak perasan yang dirinya memakai seluar terbalik hingga ditegur rakan sepasukan.Situasi itu mengundang suasana gelak ketawa dengan Luqman turut ketawa sambil memegang pisang di tangan.Di laman sosial juga menyaksikan peminat menyifatkan Luqman sebagai ‘Pak Lawak’ yang sentiasa menghiburkan rakan sepasukan dari yang lain.

 

 

Aduhhh buat hal laa hahahahha”, tulis muzhamier di ruangan komen portal malayantigerfans di Instagram.“Bila tengok video ini teringat kat @latiffsuhaimi_13 @muzakkirzuki pakai seluar terbalik gak masa Selangor preseason kat Thailand,” kata izqandarzlqrnn.Apapun, suasana ceria dalam kem negara ketika ini cukup penting dengan tugasan mencabar menanti pemain yang akan men3ntang Filipina dan Singapura dalam dua aksi persahabatan rasmi di Singapura minggu depan untuk musim ini.

sumber:- HM

Selain perlawanan kelas 1 itu, anak buat Kim Pan-gon juga akan turun bertemu kelab Singapura, Albirex Niigata sekali gus bakal menguji kesemua 30 pemain sepanjang kem latihan kali ini.