Matlamat sebenar Liridon

Kegembiraan dan kepuasan buat pemain bola sepak adalah berjaya membuka akaun gol bersama pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Perasaan itu dikongsi tonggak naturalisasi negara, Liridon Krasniqi apabila panggilannya mewakili negara pada perlawanan persahabatan akhirnya menamatkan kemarau pemain berasal dari Kosovo itu untuk menyumbang gol buat skuad Harimau Malaya.Walaupun, prestasi Liridon bersama Harimau Malaya sering dikritik penyokong namun dia percaya gol berkenaan adalah pembuka jalan mencipta lebih banyak kejayaan pada perlawanan akan datang.Liridon yang kini beraksi bersama kelab Odisha FC di Indian Super League (ISL) bersyukur dan menghargai pemain serta pegawai pasukan yang membantu menghasilkan jaringan di pentas antarabangsa itu.

 

sumber:hmetro

Kedua-dua pemain berkenaan seperti sedia maklum sememangnya berkawan rapat dan Emre Can juga dikatakan mengikuti perlawanan persahabatan Tiga Negara yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura.