Milik siapa PIALA SUZUKI AFF 2020

PASUKAN Indonesia optimis dapat mencipta kejvtan untuk bergelar ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara menjelang aksi final pertama Piala AFF Suzuki 2020 menentang Thailand di Stadium Nasional, Singapura malam ini.

Keyakinan itu disuarakan oleh ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong yang percaya barisan pemain sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersaing sepenuh tenaga men3ntang skuad Gajah P3rang itu nanti.

Kata Tae-yong, perebvtan trofi bola sepak berprestij Asia Tenggara itu adalah terbuka dengan kedua-dua pasukan pasti memberikan aksi terbaik sepanjang dua perlawanan di pentas final nanti.

“Secara jujur, barisan pemain Indonesia kini fokus untuk mengejar status sebagai pasukan No. 1 di Asia Tenggara. Namun, pada masa sama saya tidak mahu kami terlalu yakin di atas padang nanti.

“Ini kerana, Thailand juga memiliki barisan pemain yang berkualiti dan kedua-dua pasukan sememangnya layak dipertemukan di pentas final selepas mempamerkan prestasi konsis­ten sepanjang kempen kali ini.

“Apa yang pasti, bola itu bulat dan pasukan mana beraksi lebih baik, mereka layak untuk bergelar juara kerana saingan final adalah terbuka,” katanya dipetik dalam portal CNN Indonesia.

Indonesia yang menduduki ranking No. 164 dunia mempamerkan kelas tersendiri sejak dibimbing Tae-yong apabila menjuarai Kumpulan B selain menew4skan tuan rumah, Singapura di pentas separuh akhir.

sumber: kosmo

Sebagai rekod, skuad Sang Garuda kini membvru trofi Piala AFF Suzuki buat kali pertama selepas hanya mampu bergelar naib juara sebanyak lima kali pada edisi 2000, 2002, 2004, 2010 dan 2016.