Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

Mukhairi Ajmal Mahadi bakal kembali, kemungkinan ketiadaan Arif Aiman pula

Posted on April 18, 2023April 18, 2023 by borakbola

Loading

KUALA LUMPUR: Tiada kelibat Arif Aiman Hanapi dalam skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara untuk menghadapi temasya Sukan SEA di Kemboja, bulan depan.

Pemain kebangsaan itu tidak disenaraikan, namun skuad B-22 setidak-tidaknya mendapat tonik apabila pemain tengahnya, Mukhairi Ajmal Mahadi kembali dalam pasukan selepas terpaksa diketepikan daripada aksi di Piala Merlion 2023 di Singapura, bulan lalu.

Menerusi senarai skuad B-22 ke temasya itu, pengendalinya, E Elavarasan dilihat mengekalkan majoriti pemain yang membantu skuad B-22 menjulang Piala Merlion 2023 selepas menewaskan skuad B-22 Hong Kong 2-1 di pentas final.

Bagi panggilan kem latihan pusat kali ini, ia terbahagi kepada dua fasa – Fasa 1 yang menetapkan kesemua pemain melaporkan diri esok untuk sesi latihan sehingga Jumaat.

Pemain akan diberi cuti Hari Raya Aidilfitri selama dua hari pada 22 dan 23 April sebelum mereka perlu melapor diri secara berperingkat untuk kem latihan pusat Fasa 2 bermula Isnin, 24 April nanti.

Situasi ini bagaimanapun bergantung kepada pembabitan mereka dalam perlawanan Liga Super bersama kelab masing-masing pada minggu berkenaan.

Skuad junior negara akan berlepas ke Kemboja pada 2 Mei dan membuka tirai saingan Kumpulan B bertemu Laos pada 3 Mei kemudian menentang Thailand (6 Mei), Vietnam (8 Mei) sebelum menutup saingan peringkat kumpulan bertemu Singapura pada 11 Mei.

sumber: bh

Jika pasukan negara berjaya melepasi peringkat kumpulan, mereka akan beraksi di pusingan separuh akhir pada 13 Mei dan aksi final serta penentuan tempat ketiga dan keempat berlangsung pada 16 Mei.

Sebagai rekod, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran ke final Sukan SEA kepada skuad ‘Harimau Muda’ dan kali terakhir skuad negara memenangi pingat emas bola sepak Sukan SEA adalah pada tahun 2011.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. Ernestnal on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  2. RickeyLib on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  3. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  4. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  5. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme