Nafuzi bangga Anak buahnya

Walaupun gagal membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata namun pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain tetap bangga dengan persembahan barisan pemainnya yang mampu mengimbangi kekuatan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.

Pada perlawanan itu, anak didik Nafuzi terpaksa berputih mata selepas tewas 1-2 kepada skuad bimbingan Benjamin Mora dan ia kekalahan kedua berturut-turut selepas pasukan itu tumpas 0-3 ketika menentang Petaling Jaya City FC ( PJ City FC) baru-baru ini.Malah Nafuzi jelas berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya yang menunjukkan komitmen tinggi sepanjang 90 minit perlawanan tapi masih terasa kes3dihan akibat g4gal membawa pulang sekurang-kurangnya keputusan seri.

 

 

JDT bukan menang dengan mudah pada perlawanan itu, sebaliknya kami mampu beri tekanan dan mereka tampak panik untuk mengemudi benteng pertahanan dan hanya nasib tidak menyebelahi kami apabila g4gal melakar kemenangan atau keputusan seri.Diawal permainan, pemain saya tertekan dan menyebabkan mereka melakukan kesil4pan sehingga memudahkan JDT menjaringkan dua gol walaupun kami berjaya mengikat keputusan 1-1 tapi mereka pantas menghasilkan gol kedua.

“Kami mampu mencipta beberapa peluang berb4haya dan mengundang cem4s gawang JDT terutama bola rembatan deras Kpah Sherman pada lima minit sebelum tamat babak pertama tapi terkena palang gol dan situasi itu agak menjejaskan semangat pemain,” katanya.Nafuzi juga mengakui taktikal permainan yang diterapkan pada aksi menentang JDT berbeza berbanding aksi menentang PJ City FC apabila terpaksa mengetepikan Kipre Tchetche dengan membawa masuk Petrus Shitembi bagi menguatkan posisi tengah memandangkan skuad bimbingan Mora begitu ampuh di posisi berkenaan.

Malah pengendali muda yang meningkat naik itu tidak menolak prestasi TFC tampak terjejas tatkala [berehat’ daripada aksi kompetitif hampir tiga bulan selepas dua perlawanan liga terpaksa ditangguhkan akibat kes pandemik C0 vid-19 dan momentum permainan bagaikan menggangu pemain untuk kembali menemui rentak.

sumber: hmetro

“Penundaan dua perlawanan itu beri kesan terhadap konsentrasi pemain tapi pada aksi menentang JDT pemain mula beri impak p0sitif dalam permainan dan ia beri kelegaan kepada saya tatkala pemain mula tunjuk momentum permainan sebenar,” katanya.