Nasib Jurulatih Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya dikec4m hebat susulan kekal4han 4-1 kepada Indonesia dalam aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Suzuki AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, semalam.

Reaksi neg4tif itu hadir bukan sahaja kerana kekalahan besar di tangan skuad G4ruda, malah juga kerana kekec3waan apabila skuad Harimau Malaya ggal melangkah ke separuh akhir.

Paling teruk dikecam adalah Tan Cheng Hoe dengan ramai netizen mendes4k bekas pengendali Kedah itu melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi ketika mengulas isu itu menjelaskan pihaknya menyerahkan segala keputusan mengenai masa depan Cheng Hoe kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

Beliau yang juga pengurus pasukan kebangsaan berkata, dia dan Cheng Hoe akan membentangkan laporan prestasi skuad Harimau Malaya sepanjang kempen Piala Suzuki AFF 2020 pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang mungkin diadakan bulan depan.

“Itu (desakan jurulatih letak jawatan) memang biasa berlaku setiap kali pasukan kal4h. Namun, apa pun kita bukan tidak memberi perhatian dan perkara itu kita serah kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan untuk menentukannya apabila laporan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa itu nanti.

“Kita akan minta jurulatih menyediakan laporan dan saya sendiri pun akan menyediakan laporan sebagai pengurus untuk dibawa dan dibentangkan pada mesyuarat berkenaan sebelum tindakan lanjut dapat diambil,” katanya kepada BH Sukan.

Mengulas mengenai kekalahan di tangan Indonesia, Mohd Yusoff mengakui seluruh pasukan kecewa dengan keputusan perlawanan itu yang menyaksikan skuad Harimau Malaya gagal mencapai sasaran untuk layak ke final.

SUMBER:BH

“Kalau kita lihat beberapa pasukan yang bersaing kali ini memang membuat persiapan yang lebih baik dari kita. Secara keseluruhan, saya kec3wa dengan keputusan itu dan ia menyebabkan kita tak capai sasaran yang mana kita mensasarkan layak ke final,” katanya.