pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel yakin

KUANTAN: Meskipun prestasi Mahmoud Za’tara diragui, pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel masih percaya dengan kemampuan peny3rang import dari Jordan itu.Jurulatih berasal dari Perancis itu melahirkan keyakinan, peny3rang berusia 30 tahun itu akan menjaringkan gol pada perlawanan akan datang.

“Za`tara akan menjaringkan gol tidak lama lagi, saya melihat begitu banyak komen neg4tif terhadapnya. Saya dan pemain Sri Pahang lain tidak boleh terima sama sekali kerana percaya dengan kemampuan Za’tara.Kami benar-benar berdedikasi untuk Sri Pahang dan akan memastikan perlawanan keempat berdepan Penang FC Sabtu ini, tiga mata menjadi skuad Tok Gajah,” katanya.

 

 

Selepas tiga perlawanan, peminat bola sepak terutama penyokong Sri Pahang tidak berpuas hati dengan prestasi Za’tara. Peny3rang import itu dikatakan tidak mempamerkan prestasi seperti diharapkan dalam memberi tekanan kepada lawan.

Biarpun menjaringkan satu gol ketika tewas 1-2 kepada Melaka United pada 16 April lalu, ia belum cukup memberikan keyakinan kepada peminat. Lebih-lebih lagi, jaringan itu dihasilkan menerusi sepakan penalti.Bagi memastikan misi tiga mata tercapai, Gamel berkata, kekuatan mental menjadi fokus utama untuk memastikan anak buahnya kekal komited sepanjang 90 minit perlawanan.

Katanya, kekalahan 1-2 kepada Melaka United sepatutnya tidak berlaku sekiranya pemainnya bijak memanfaatkan kelebihan selepas mendahului 1-0.

sumber: bh

“Oleh itu, saya mahu pemain mempertingkatkan prestasi dan corak permainan untuk menambah jaringan dan tidak berpuas hati dengan satu gol. Pemain perlu bekerja ker4s untuk memastikan kemenangan menjadi milik Sri Pahang pada perlawanan keempat liga,” katanya.