Penjelasan Dari TMJ Sendiri

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim men3gaskan beliau tidak pernah masuk campur dalam sebarang urusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan juga perkara membabitkan skuad kebangsaan Malaysia.

Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berkata, beliau hanya memberikan pandangan yang disifatkan dapat memberi manfaat kepada badan induk itu dan membantu perkembangan skuad Harimau Malaya.Saya sentiasa ada pandangan tetapi saya tidak campur tangan. Saya tidak boleh buat keputusan untuk skuad kebangsaan tetapi saya beri pendapat kerana gaji pemain dibayar oleh saya, bukan FAM.

Sama juga macam pasukan lain juga kerana mereka yang jaga pemain mereka sendiri. Jadi, FAM sendiri perlu menghormati perkara ini tetapi saya tidak campur tangan berkenaan perancangan ataupun keputusan jurulatih itu.

Cuma saya memberi pandangan kalau saya rasa benda itu tidak logik dan beri beban kepada mana-mana pihak, saya akan sampaikan pandangan saya yang ikhlas.Bagi saya, itu bukan campur tangan kerana itu adalah memberi pandangan. Ada beza antara kedua-dua perkara itu,” kata Tunku Ismail menerusi dalam satu temuramah bersama stesen televisyen swasta.

Dalam masa sama, Tunku Ismail turut menolak dakwaan bahawa senarai pemain yang akan dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada beliau sebelum ‘dilulvskan.’Jelasnya setiap pasukan yang ‘membekalkan’ pemain kepada skuad kebangsaan sentiasa dimaklumkan menerusi senarai nama yang diserahkan kepada pasukan terbabit.Semua Senarai nama pemain yang dipanggil akan diberikan kepada pasukan masing-masing kerana kami yang membayar gaji pemain itu. Semua orang akan terima senarai nama ini.

sumber:- BH

(Senarai nama) bukan dipersembahkan kepada saya tetapi ia adalah pr0sedur yang standard untuk semua pasukan menerima benda itu. Bagi saya, (d4kwaan) itu adalah cerita dong3ng,” katanya.