PKP ?Ramai dilihat Sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan atau secara bersendirian?

PETALING JAYA – Peningkatan kes varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini melahirkan kegus4ran dalam kalangan orang ramai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula. Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai mula meluahkan kerisauan jika terpaksa berdepan dengan sekatan penuh seperti yang berlaku sebelum ini.

Ramai dilihat sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan atau secara bersendirian. “Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan rela hati,” luah Lyza Emyza.

“Macam biasa, tapi pelik juga kenapa masa raya mesti hendak dikenakan PKP,” ujar Nur Amira. Omicron merupakan varian terbaharu Covid-19 yang diumumkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan diklasifikasi sebagai variant of concern (VoC) sejak 19 November lalu. Setakat ini, sebanyak 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan direkodkan

MENTERI KJ BERITAHU ADAKAH MALAYSIA AKAN IKUT MCM CHINA ’L0CKD0WN’ WALAUPUN KES P0SITIF RENDAH

Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China mengamalkan strategi sifar C0VID-19 dengan melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes COVID-19 tidak bergejala dikesan di bandar raya itu, baru-baru ini.

Meskipun mengakui strategi itu berkesan namun Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberitahu, Malaysia mengamalkan strategi mitigasi dalam mengawal pndemik COVID-19. “Tidak dinafikan pendekatan China berkesan. Namun strategi mereka iaitu containment atau zero COVID-19 bermaksud total l0ckdown bila ada hanya tiga kes positif.

Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk lockdown. Strategi kita mitigation. “Bermaksud kita mengurus kes p0sitif dengan berkesan, tingkatkan jumlah vaksinasi, jaga SOP (prosedur operasi standard), #TRIIS agar kadar pemergian menurun, penggunaan unit rawatan rapi turun dan kemasukan hospital turun,” katanya dalam ciapan terbaharunya di sini, pada Ahad.

Baru-baru ini, lebih sejuta penduduk di Yuzhou di wilayah Henan dikenakan perintah berkurung selepas tiga kes jangkitan COVID-19 yang tidak bergejala dikesan di bandar tersebut. Langkah itu diambil ketika China terus berusaha melaksanakan dasar ‘sifar COVID-19’ yang dianggap kebanyakan negara lain sebagai tidak masuk akal.

Perintah berkurung itu menyaksikan 1.17 juta penduduk Yuzhou tidak dibenarkan keluar dari rumah. Dalam pada itu, sebagai membidas kenyataan Ahli Parlimen Bintulu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Tiong King Sing yang mempersoalkan keupayaan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menangani COVID-19, Khairy memberitahu, beliau meny0kong penuh kepimpinan Dr Noor Hisham untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan.

“Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendapat sokongan penuh daripada saya untuk menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia,” ujarnya. Media melaporkan, King Sing berpandangan bahawa Dr Noor Hisham perlu diganti dengan individu lain yang layak

kerana dilihat tidak berupaya dalam mengendalikan pandemik COVID-19 di negara ini. Menurutnya, walaupun beliau sebagai salah seorang pembuat keputusan dan terbaik dalam mengekang penul4ran varian Omicron, namun Dr Noor Hisham bukan daripada latar belakang kesihatan Orang awam.

Sumber : Astro Awani