Sabah FC tampil Kelainan musim ini

SABAH FC kini lebih bersedia untuk menghadapi saingan dalam Liga Super pada musim ini yang dijadual bermula pada Mac depan, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Bung Moktar berkata, SAFA yakin Sabah FC mampu bersaing dalam liga itu berikutan barisan pemain dan pasukan pada musim ini lebih tersusun berbanding musim lepas yang seterusnya berupaya memberi cabaran kepada pasukan lawan.Kewujudan pasukan yang serba baharu ini akan menyuntik semangat tinggi kepada pemain-pemain untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Timbalan Ketua Menteri Sabah itu juga mahu semua pemain Sabah FC sentiasa mempunyai semangat baharu untuk mencapai kemenangan dalam setiap perlawanan sekali gus memiliki sikap sebagai Sang Juara dengan memperagakan corak permainan yang terbaik buat pasukannya.

Harapan saya dengan kewujudan pasukan baharu ini, Sabah FC akan menjadi kelab berkualiti serta mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan dalam liga” katanya sambil menambah mentaliti juara penting bagi mengelak Sabah FC digelar pasukan ‘Ayam M4ti’.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee telah berusaha melakukan persiapan untuk para pemain ke arah meningkatkan prestasi pasukan pada saingan liga berkenaan.Saya nampak ketrampilan beliau (Ong Kim Swee) memang mahu menang. Oleh itu, semua pemain harus dengar setiap arahan diberikan jurulatih.

Pada tahun ini, Sabah FC akan tampil memberi saingan yang hebat kepada pasukan ternama lain dalam Liga Malaysia berdasarkan prestasi serta persiapan awal dijalankan sejak 2020 dan diteruskan lagi dengan adanya perubahan besar dilakukan pasukan sejak Datuk Ong dilantik menjadi ketua jurulatih,” katanya.Sabah FC bakal menampilkan wajah baharu dalam saingan Liga Malaysia musim ini menerusi khidmat bintang tempatan yang  ternama seperti Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi Che Mat, Dominic Tan, Rizal Ghazali, Irfan Fazail selain beberapa pemain import baharu yang akan diperkenalkan kelak nanti.

SUMBER:SH

Dalam pada itu, Bung Moktar juga mahu semua peminat dan penaja Sabah FC untuk terus memberi sokongan kepada pasukan bola sepak Sabah itu agar agar mampu memberi cab4ran serta saingan s3ngit dalam setiap perlawanannya.