Segalanya Kini Terjawab

Tanda tanya sama ada Nafuzi Zain menerima ataupun menolak jawatan ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) musim depan akhirnya terjawab apabila pengendali muda itu sudah menghantar surat penerimaan kepada pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd minggu lalu.

Pada 6 Disember lalu, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah TFC Sdn Bhd yang dipengerusikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan pengendali musim ini itu kekal membimbing skuad Penyu musim depan.

Namun sama ada pengendali kelahiran Kelantan itu menerima atau sebaliknya jawatan itu berg4ntung kepada persetujuan jurulatih itu sendiri dan pihak TFC Sdn Bhd memberikan tempoh kepada jurulatih itu untuk membuat keputusan.

Ketua Pegawai Operasi TFC Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menjelaskan, bekas peny3rang Terengganu itu sudah bersetuju untuk kekal membimbing skuad TFC musim depan.

“Sah jawatan ketua jurulatih TFC musim depan kekal menjadi milik Nafuzi selepas beliau menghantar surat persetujuan kepada pihak pengurusan TFC pada Khamis minggu lalu.

“Jadi kini tidak timbul lagi sebarang spekulasi ataupun persoalan mengenai jawatan itu, yang penting barisan kejurulatihan kini dalam usaha untuk melengkapkan barisan pemain sebagai persediaan menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu peminat setia skuad Penyu tertanya-tanya sama ada jurulatih kesayangan mereka itu menerima ataupun menolak taw4ran daripada pihak pengurusan TFC Sdn Bhd.

Keresahan peminat setia skuad itu berasas selepas jurulatih berusia 43 tahun itu sebelum ini tidak memberi jawapan segera sama ada menerima ataupun menolak tawaran itu selepas dikhabarkan turut menerima lamaran daripada beberapa kelab lain musim depan.

sumber : SA

Dengan pengesahan itu, sudah pasti peminat setia skuad itu lega lebih-lebih lagi jurulatih itu berjaya membantu pasukan menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keempat selain mara ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia musim ini walaupun petunjuk prestasi utama (KPI) pasukan tidak tercapai.