Skip to content

Borak Bola

Pelbagai info dan isu bola semasa

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
  • about us
Menu

setiap pemain mempunyai gayanya yang tersendiri

Posted on February 3, 2023February 3, 2023 by borakbola

Loading

Minat yang mendalam sejak kecil terhadap rancangan popular, Ultraman, mendorong peny3rang kelahiran Thailand, Adisak Kraisorn meraikan setiap jaringannya dengan gaya watak itu.

Peny3rang baharu Terengganu FC (TFC) berusia 32 tahun itu mendedahkan, dia mula melakukan gaya watak adiwira itu sejak mula pembabitannya dalam dunia bola sepak sekali gus menyaksikan namanya semakin dikenali dengan identiti berkenaan.

“Setiap pemain mempunyai gayanya yang tersendiri untuk meraikan jaringan, begitu juga dengan saya.

“Saya pilih watak adiwira Ultraman setiap kali meraikan jaringan kerana rancangan itu adalah menjadi kegemaran saya sejak kecil lagi, setiap kali siri Ultraman disiarkan dalam televisyen, saya tidak akan lepaskan peluang untuk menyaksikannya.

“Lagipun rancangan popular itu yang mula diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 80-an bukan sahaja menjadi ‘kegilaan’ dan penghibur golongan kanak-kanak, malah rancangan itu juga turut diminati golongan dewasa.

“Selagi saya bermain bola dan menjaringkan gol, saya tidak akan berhenti untuk meraikan jaringan dengan gaya watak adiwira Ultraman ini kerana ia sudah menjadi indentiti saya,” katanya.

Terbaharu, pemain yang ‘dirantai’ selama dua tahun pihak pengurusan Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd itu mengayakan watak adiwira Ultraman ketika meledak jaringan ketiga negaranya ketika menumpaskan pasukan Malaysia 3-0 pada aksi separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) 2022 di Stadium Thammasat, Pathum Thani tiga minggu lalu.

Dalam perkembangan lain, TFC Sdn Bhd bakal mengadakan karnival tahunan kelab dengan tema ‘Black and White Day’ di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, pada 17 Februari ini.

sumber : HM

Pelbagai acara dan aktiviti menarik disediakan buat pengunjung termasuk liga penalti, kejohanan e-sukan, pertandingan mewarna, timbang bola, tarik tali selain memperkenalkan pemain, penaja dan jersi rasmi pasukan musim ini.

Recent Posts

  • Bergson Da Silva kini sangat bernilai buat JDT
  • Kehebatan JDT Terserlah juara Liga Super 10 kali berturut-turut
  • Perak FC raihkan dulu kejayaan sebelum bertemu JDT
  • Dijangka bimbing skuad B-23 negara
  • Bakal tercipta noktah kejuaraan – JDT

Recent Comments

  1. Joycedet on Pasukan pilihan Legenda Malaysia muncul Juara
  2. Ernestnal on KINI SAH DITUNDA
  3. Terrybrace on Perlawanan ini sangat penting Buat Malaysia
  4. Terrybrace on KINI SAH DITUNDA
  5. Ernestnal on Faisal halim sanggup demi kariernya

Archives

  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022

Categories

  • info borak bola
  • info terkini
  • sukan
  • SYOKKK VIRAL WOOOO

©2023 Borak Bola | Design: Newspaperly WordPress Theme