
KUANTAN: Masalah kecederaan membelenggu Sri Pahang FC menjelang pertemuan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), Rabu ini.
Pengendali Tok Gajah, Fandi Ahmad berkata, kecederaan itu membabitkan kapten pasukan, Sergio Aguero, Nor Azam Azih dan Lucas Silva.
“Setakat ini, saya belum dapat pastikan Aguero dapat bermain berdepan JDT Rabu ini, begitu juga Azam manakala Silva masih belum pulih daripada kecederaan.
“Kecederaan dialami Silva memerlukan tempoh yang panjang tetapi saya mengharapkan pemain lain mampu untuk beraksi dengan lebih baik.
“Pada masa sama, kita mahu Aguero beraksi kerana kelemahan ketara Sri Pahang ialah di bahagian tengah.
“Ketiadaan mereka (Aguero dan Azam) sudah pasti memberi kesan terhadap persembahan pasukan terutama berdepan JDT,” katanya.
Namun, Fandi berkata, prestasi mantap dipersembahkan pemain tengah import dari Filipina, Kevin Ingreso ketika membantu menewaskan Penang FC 1-0 kelmarin, melegakannya.
Katanya, Ingreso mempamerkan prestais terbaiknya mengawal jentera tengah selain membantu bahagian serangan.
Berdasarkan rekod, Sri pahang dan JDT belum lagi tewas selepas mengharungi 11 perlawanan Liga Super.
SUMBER:BH
Pertemuan itu sudah pasti dinantikan peminat kedua-dua pasukan untuk menyaksikan sama ada Harimau Selatan yang kini meneraju liga dapat meleburkan rekod tanpa kalah Tok Gajah.
Sri Pahang pula sudah pasti mahu mempertahankan rekod itu untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.